Award dari Kak Jee...TQ So Much..muahsss

Wednesday, October 5, 2011


Versatile kah? mungkin tidak kot. Masih lagi belajar berblog, memasak dan macam2 lagi...saya budak baru belajar..kalau salah tolong ajarkan. First dapat award cenggini..tq so much Kak Jee. Mula2 dapat..tak tau ape benda award2 nih...layakkah Nurul dapat award nih? (sambil usap2 dagu)

Tapi...nak dapat award kena ada pengerasnya..



1. Thank and link back the person who gave you this award
    (Ucapkan terima kasih dan link balik kepada orang yang beri award ini)
- Done (ada kat ateh tu..but thanks again Kak Jee)

2. Share 7 things about yourself on the post
    (Kongsi 7 perkara mengenai anda)

  1. rimas dengan rambut panjang
  2. suka baca buku resepi..hahaha
  3. fobia dengan cicak
  4. ada parut besar kat tangan kiri (kena iron)..budak kecik yang nakal!
  5. im a coffee lover - kena ambik pagi2..tapi satu hari 1 gelas jer
  6. sangat2 support breastfeeding mom
  7. suka try makanan pelik2...bizzarre food la konon..tapi yg halal yer :)
3. Pass the award to fifteen bloggers that you think deserve it.
    (Berikan kepada 15 bloggers yang anda rasa layak)

  • NI antara blogger yang nurul nak kasi award...dah lama jadi silent reader diaorang...mane yang tak de tu bukan tak follow..tapi semua dah dapat terlebih dahulu award tu :)
  1. http://yateasybakes.blogspot.com/
  2. http://dapurcomelku.blogspot.com/
  3. http://decochoco.blogspot.com/
  4. http://hanamemories.blogspot.com/
  5. http://masak-masak.blogspot.com/
  6. http://fromintankitchen.blogspot.com/
  7. http://resepiogy.blogspot.com/
  8. http://kampungkitchen.blogspot.com/
  9. http://dreamedjourney.blogspot.com/
  10. http://mas-dapurmas.blogspot.com/
  11. http://galeriduniaku.blogspot.com/
  12. http://juwitafariz.blogspot.com/
  13. http://resipiibundo.blogspot.com/
  14. http://dzanariah.blogspot.com/
  15. http://yummylicious-jun.blogspot.com/

4. Lastly contact all the bloggers that you've picked for the award. 
    (Hubungi semua yang menerima) - sedang diusahakan-

Rich Choclate Pudding

Wednesday, September 28, 2011

Salam...

Semalam petang buat Rich Chocolate pudding...puding yang sedap..u all MESTI CUBA! tak manis..lemak2 chocolate..walah..memang sedap...my taste :)

Rich Chocolate Pudding
Resepi: C&P dari Kak Nor Secubit Garam
Ditry oleh : Nurul - Momwithapron

Bahan:
1/2 cawan serbuk koko
1 cawan gula
1/2 cawan susu tepung
1/2 sudu teh garam
4 1/4 cawan air
4 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu teh esen vanilla
3 sudu besar butter
1 paket serbuk agar2 (10-11gm)
fruit cocktail secukupnya ~ tambahan


Cara:
Utk puding:
Campurkan semua bahan kecuali butter dan kacau selalu hingga mendidih.
Masukkan butter, kacau hingga pekat.
Angkat dan masukkan kedalam loyang atau acuan yg disukai.


** untuk puding ni n puding2 lain, kalu nak senang keluarkan bila dah beku, basahkan dulu acuan sebelum memasukkan puding..bila dah beku, insyaAllah senang nak keluarkan.

Bahan Kuah Kastard:
1 cawan susu cair
1 cawan air
1/2 sudu besar tepung kastard
2 - 3 sudu besar gula

Cara:

Masukkan kesemua bahan kedalam periuk dan masak hingga mendidih sambil sentiasa mengacau.
Padamkan api, biarkan sejuk dan simpan dalam peti ais sehingga betul2 sejuk.
Hidangkan puding bersama dgn fruit coktail dan kuah kastard.


Untuk Mr.Rais..pakai acuan kecik2..senang dia nak ngap

Kereta di Kidnapped & Happy Birthday My Dear

Tuesday, September 27, 2011

Salam..

Hmm tengah pikir2 nak mula citer macam mana..perasaan tengah bercampur baur..marah, geram, sakit hati & macam-macam...tapi itu sudah ketentuan dariNya...kita sebagai HambaNya kena la terima dugaan & ujian sebegini...

apa yang terjadi?? Hmmm pada hari sabtu 24hb mungkin dalam pukul 2-4pg (anggaran) kereta En.Asben telah dikidnap! Tersedar kereta hilang dalam pukul 11pg (umah flat so parking kat tepi2 jalan jer). Waktu tu En.Asben nak datang ambik nurul & anak2 di putrajaya & cari2 kereta tak da! kereta tempat husband park dah kena replace ngan kereta lain...Kereta Honda Civic 2.0 plate WUB 5362 color hitam. Kereta baru pakai setahun jer...sesiapa yang terjumpa & ternampak boleh hubungi nurul yer...tapi rasa2 nyer dah tak de harapan kot. En.Asben ada juga ikhtiar minta ustaz2, org2 alim & pandai tengok2kan..dari pandangan mereka jalan merata dah kereta tu tapi belum dikecai2 lagi..mungkin percuri tu nak jual kereta tu sebijik2...En.Asben buat report polis pun en.polis tu cakap memang Honda & Toyota kereta yang HOT nak dicuri sebab ada value..senang nak jual. Hmm tak pe la en. pencuri..biarlah awak panas bontot & tak senang duduk sebab yang mendoa & buat solat hajat bukan calang2 orang..semuanya org yang penuh ilmu didada...terima  kasih kepada mereka..waktu2 macam ni la En. Asben cakap kita nak tengok mana kawan diwaktu susah..ikhtiar mereka mengalahkan family sendiri...

Happy Birthday My Dear En. Asben
Tinggalkan la citer sedih yang menimpa kami. 25hb hari tu birthday En. Asben (sehari selepas kereta dicuri). Nak wish Happy Birthday to my lovely husband.


Happy Birthday My Love
Thank you for being with me in times of happiness and joy, in times of trouble and just being there with me always. Happy Birthday, sweetie pie.


No matter what I gift you today, I can never match up to what Allah has given me in the form of you. Happy Birthday darling.

Your arms were open when I needed a hug, you understood me when I needed a friend, you showed me the way when I was stuck in life. No matter how much I try, I can never put in words what you mean to me. Happy Birthday to my beloved.

May God bless you with all the joy and happiness that you desire and hope that we walk hand in hand even after our hair turns silver. I will always love you more and more with every passing year. Happy Birthday.

The day has arrived when you turn one more year older. I hope we laugh and cry and we always have each others shoulders. Happy Birthday honey.



Birthday Celebration
Since kejadian yang menimpa ktrang pun tak de mood lebih2 lagi En.Asben untuk celebrate birthday beria2 sangat..siang tu ktrang gi makan kat Saba Restoran Cyberjaya & Malam tu gi makan2 biasa jer kat Oldtown. Beli kek kecik jer sebab dah janji ngan Mr.Rais nak tiup candle birthday cake ayah...
Happy Birthday Dear
Tu senyuman yang terpaksa tuh...hehehe

Mr. Asri yang 'jakun' tengok candle

Raspberry Cheese Cake...sedap!
Mr. Rais

Mr. Asri


Banana & Prune Muffins

Friday, September 23, 2011

Salam...


Sebelum nak 'nap' kan budak berdua nih..dari pada tadi Asri tak leh nak tido kena kacau dek abg dia...dalam pada ngantuk2 tuh boleh juga gelak2..kalau main..memang lupa ngantuk..



Nak share resepi muffin pisang & prune nih..suka tekstur dia yang gebu & tak manis & ada masam2 skit dr buah prune..prune ni balance hamper raya..almaklum kalau dr hamper expired date dah nak dekat..so wat muffin jer la..tapi ada lagi skit..nak buat ape yer?? kek prune sedap kott?? nurul dapat resepi muffin ni dari Allrecipes review dpt 4 setengah star



Banana & Prune Muffins
Servings : 12 large muffins - nurul buat dalam bekas muffin size S dapat 24

Ingredients

  • 1/2 cup white sugar - nurul pakai brown sugar
  • 1/4 cup vegetable oil
  • 1 egg
  • 1 cup mashed banana
  • 1 teaspoon vanilla extract
  • 1 1/2 cups all-purpose flour
  • 1 teaspoon baking powder
  • 1/2 teaspoon baking soda
  • 1/4 teaspoon salt
  • 1/4 teaspoon ground cinnamon
  • 1 cup chopped pitted prunes

Directions:
  1. Preheat oven to 350 degrees F (175 degrees C). Grease and flour a muffin pan, or use paper liners.
  2. In a large bowl, combine sugar, oil and eggs. Beat until smooth. Blend in banana and vanilla. Mix together flour, baking powder, baking soda, salt and cinnamon, then stir into egg mixture until just moistened. Mix in the prunes. Spoon into muffin cups.
  3. Bake in the preheated oven for 20 to 25 minutes, or until a toothpick inserted into the center of a muffin comes out clean.
    - nurul bakar 15 minit





Ayam Bakar Bijan

Thursday, September 22, 2011

Salam...

Hari ni buat Ayam Bakar Bijan...resepi dari Blogresepi Ijan...sukanya lah tengok gambar2 dia..sungguh cantik..jeles nyer :)..ni kamera nurul rosak pulak...tah ape tak kena..gambar tak de dalam memory pun tapi memory full..haish...tu yg byk mende2 masak tak snap..ni snap pakai phone jer..korang pejam mata je la eh..intai skit2 jer..gambar memang tak lawa...tunggu ler sapa2 nak kasi present DSLR :)) wink to my En. Asben hehehe


 
Resipi Ayam Bakar Bijan
  • seekor ayam (lebih kurang 1 kg) - nurul buat 5 ketul jer (ayam nutriplus antobiotic free)
  • 4 sb kicap manis pekat - nurul letak 2sb kicap pekat + 1sb kicap manis
  • 4 sb sos tiram
  • 2 sb madu
  • 2 sb minyak bijan
  • sedikit garam
  • sedikit bijan untuk ditabur selepas ayam masak
  1. Rebus ayam sehingga 1/4 masak (kite rebus lebih kurang 15-20 min). Toskan dan airnya boleh digunakan untuk masak nasi ayam & sup 
  2. Campurkan semua bahan kecuali ayam dan bijan di dalam mangkuk.
  3. Lumurkan pada seluruh permukaan ayam yang sudah ditoskan tadi. Perap selama 30-60 min. Simpan lebihan sos untuk di lumur pada ayam semula.
  4. Panaskan oven ke suhu 150 C.
  5. Letak ayam dalam dulang pembakar, bakar selama 1 jam. Setiap 15 min, keluarkan ayam dan lumur dengan lebihan sos tadi. Kemudian, bakar semula ayam tersebut. Ulangi proses yang sama sehingga cukup 1 jam.
  6. Setelah masak, tabur bijan di atas ayam tadi. Siap.


Butterscotch Bread Pudding

Wednesday, September 21, 2011


Gambar dr Pakcik Google



Resepi dah lupa ambik dr mana..dah lama simpan resepi & dah banyak kali buat.  Ni baru berkesempatan nak share..resepi asal pakai roti putih jer..tapi nurul tukar pakai roti gardenia butterscotch..lebih sedap. Nurul suka puding roti yang basah macam nih..


Butterscotch Bread Pudding

6 cups  bread cut into 1 inch cubes - nurul pakai roti butterscotch 
1/2 cup raisins
1/4 cup pecans - nurul tak letak
2 cups apples,  peeled and diced } boleh juga pakai fruit cocktail
1 cup peaches, diced 
1 cup brown sugar - nurul letak 2tbsp jer sebab roti dah manis
2 cups milk
3/4 cup salted butter
1 teaspoon ground cinnamon
1 teaspoon vanilla extract
2 eggs, beaten
Ice cream topping


Directions
  1. Preheat oven to 350 degrees (180 Celsius). Grease a 7×11 inch baking dish.
  2. In a large bowl, combine bread, raisins, and apples. In a small saucepan over medium heat,  combine 1 cup brown sugar, 2 cups milk, and butter. Cook and stir until butter is melted. Pour over bread mixture in bowl. nurul panaskan dalam microwave je sampai butter cair.
  3. In a small bowl, whisk together cinnamon, 1/2 teaspoon vanilla, and eggs. Pour bread mixture into prepared dish, and pour egg mixture over bread.
  4. Bake in preheated oven 40 to 50 minutes, or until center is set and apples are tender.
  5. Serve warm with ice-cream.


Puding Tauhu

Salam bersiaran lagi kita di pagi..eh tak berapa nak pagi dah....matahari dah terpacak atas kepala..sebelum nak gi ambik Mr.Rais balik sekolah nak masuk entry Puding Tauhu. Nurul ambik resepi dr umah Kak Nor.  Kenapa nama dia puding tauhu yer kak nor?? explain skit...tak de guna tauhu pun or air soya..hehehe..nurul buat ni masa buat untuk makan2 raya untuk family minggu lepas. Diaorang pun tanya kenapa nama puding tauhu tapi tak de soya? hmm sebab rupa cam tauhu kot..hehehe..anyway puding ni sedap..tak manis..air dr laici tu yang buat kick..tapi nurul buat terkeras..silap bilang cawan air rasanya..dalam resepi 6 1/2 cawan air..mungkin nurul silap kira letak 5 1/2 cawan kot..sepatutnya dia lembik smooth skit kan? tapi nurul punya dah keras skit macam agar2...kena buat lagi nih :)




PUDING TAUHU 
resipi original: K.Nor@SecubitGaram

ditry oleh : Nurul - mom.with.apron
Bahan:
utk puding:
1 paket agar2 serbuk@10gm sepaket
6 1/2 cawan air
1 1/2 sudu besar gula
1/2 cawan santan
1/2 cawan susu pekat
1/2 cawan susu cair
secubit garam
1 helai daun pandan

utk kuah:
1 tin laici
1 tin air (guna tin laici sebagai penyukat)
3 - 4 sudu besar gula

Cara:
utk buat puding:
Masak air bersama serbuk agar2 dan gula serta daun pandan hingga mendidih.
Masukkan santan, susu pekat, susu cair dan garam.
Masak lagi hingga hampir mendidih (keluar wap yg banyak) dan padamkan api. Biarkan hingga suam.
Tapiskan ke dalam sebuah bekas lain dan bolehlah dituangkan ke dalam acuan yg disukai.
Biarkan sejuk dan masukkan kedalam peti ais sehingga hendak dihidankan.

Utk kuah:
Asingkan laici ke dalam bekas berasingan dan siat2kan sedikit.
Masak air laici bersama 1 tin air dan gula hingga mendidih.
Biarkan sejuk
Masukkan ke dalam peti ais dan biarkan betul2 sejuk sebelum menghidang.

Cara menghidang:
Letakkan puding ke dalam sebuah mangkuk dan letakkan juga laici yg disiat tadi.
Tuangkan kuah dan puding sedia utk dimakan.

* puding ni boleh juga kalau nak dimakan dgn fruit coktail, cuma gantikan laici tu dgn fruit coktail ya.. bahan2 utk kuah tu yg lain2nya boleh guna sama cam dlm resipi.

Selamat Hari Raya

Thursday, September 8, 2011

Salam...lama rasanya tak update blog...sebelum raya & selepas raya ni sibuk jer memanjang...entah sibuk ape tah sampai tak sempat2 nak update..hmm mengalahkan org yang bekerja kan??


Rasanya belum terlmbat nak wish Selamat Hari Raya untuk semua pembaca & pemilik2 blog yang lain. Minta mohon ampun maaf jika ada sebarang kesilapan secara sengaja ataupun tidak. 


Ground Beef Kebabs @ Kabobs

Wednesday, August 24, 2011

Salam...


Last week buat Nasi Mandhi lagi...Kawan En. Asben datang berbuka kat rumah.  Nasi Mandhi ni senang nak buatkan..sekejap jer dah siap. Jadi untuk meriahkan lagi geng nasi mandhi nih nurul buat kebab daging...mula2 nak buat kebab kambing tapi tak de kambing fresh jadi tukarlah dengan daging jer...






Resepi ambil dari reciperita


BAHAN-BAHAN
  • 1 kilo daging cincang (atau kambing)  
  • 4 tablespoons sour cream
  • 1 biji bawang besar,dadu kecil
  • 1 inchi halia
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 biji cili hijau
  • 1/2 cup daun ketumbar, dicincang halus
  • 2 tablespoons olive oil
SPICES
  • 1 teaspoon ketumbar
  • 1 teaspoon jintan putih
  • 1 teaspoon chaat masala - nurul pakai garam masaala
  • 1 teaspoon garam/secukup rasa
Cara penyediaan:
  1. Letak daging cincang dalam bekas besar. Ketepikan.
  2. Masuk semua bahan kecuali bawang, daun ketumbar & sour cream dalam blender. Kisar hingga halus. Dengan perlahan masukkan olive oil & sour cream dan kisar lagi sehingga sebati. 
  3. Campurkan bahan kisar ke dalam mangkuk  daging. Kacau sebati.
  4. Masukkan bawang besar & daun ketumbar. Dengan tangan uli daging sehingga bercantum kesemua bahan.
  5. Cover dengan plastic wrap dan marinate dalam peti ais selama 2 jam.
  6. Panaskan oven 400 degrees F/200 degrees C.
  7. Alaskan dulang pembakar dengan aluminium foil. 
  8. Bahagikan adunan kepada 10 bebola sebesar lemon.
  9. Sapukan minyak pada tangan dan bentukkan seperti sosej. 
  10. Ulang langkah sehingga habis dan susun atas dulang pembakar dengan jarak 1 inchi setiap kebab.
  11. Bakar selama 20 minutes di rak tengah oven dan cover dengan alluminium foil.
  12. Selepas 20 minit buka alluminium foil dan keluarkan air yang keluar dari daging.  Terbalikkan kebab dan switch oven ke BROIL dan bakar lagi sehingga 15 minit. 
  13. Sapukan minyak ke atas kebab dan bakar lagi 5 ke 7 minit.
  14. Jangan terlebih masak nanti kebab akan jadi kering. 

Kebab boleh dihidangkan bersama Mint Sauce dan Roti Pita & Salad mengikut selera masing-masing.

Mint Sauce
1 bekas kecil plain yogurt 
1/2 cawan daun pudina
1/2 biji lemon jus
1 sudu kecil gula

Cara
Satukan semua bahan dan kisar hingga sebati. Sedia untuk dihidang.

Kuih Tako

Salam....


Lama betul tak de entry...nurul bz mengedarkan kuih2 raya utk customer minggu nih..dah 4 tahun jual kuih raya..memang tiap2 tahun regular customer akan call utk order kuih. Kuih yang nurul jual ni lain skit dr yang lain...tahun ni kuih naik RM2...tahun2 lepas jual RM30..tapi tahun ni kena naik jadi RM32...ye la kan barang2 semua dah naik..so kena la naikkan harga. Bagi sapa2 yang tak dapat nak order & order last minute minta maaf banyak2 yer..order dah tutup..ye la..nanti kalau ambik order takut tak terbuat tak sempat pulak nak menjamu kuih untuk tetamu dihari raya...so next year yer....utk lihat kuih nurul jual leh gi kat link di sini


ok lah..ni nak selit kuih tako yang nurul buat last week...tak ingat dah ramadhan ke berapa..sedap kuih nih..memang fav hubby makan sejuk2..resepi nurul ambik dr Cik Cek minta c&p resepi yer..tq


KUIH TAKO
BAHAN-BAHANNYA..
Lapisan Bawah
  • 25 gm tepung hoen kwe - hijau  
  • 1 1/2 cawan air
  • 1/2 cawan gula
  • 2  biji sengkuang cina - di potong dadu (kalau tak de boleh guna buah pear) 
Lapisan Atas 
  • 25 gm tepung hoen kwe - putih
  • 2 cawan sartan - 1/2 cawan santan Kara + 1 1/2 cawan air
  • secubit garam 


CARA-CARA PENYEDIAANNYA...
  • Susun kotak pandan atas tray. 
  • Aturkan potongan sengkuang Cina dalan kotak pandan tadi.
  • Campurkan semua bahan Lapisan Bawah  dalam periuk dan masak atas api sederhana sambil mengacau hinga dia meletup - letup dan pekat terus tutup api dan masukkan dalam kotak pandan tadi.
  • Kemudian kita ketepikan, dan buat pula Lapisan Atas.
  • Satukan semua lapisan atas dam periuk dan masak atas api sederhana sambil dikacau. Sama seperti proses memasak lapisan bawah. Bila ia meletup2 kecil tu terus tutup api.
  • Pastikan lapisan yg bawah tadi dah mengeras baru tuang lapisan putih.
  • Tuang dari bahagian tepi dulu supaya dia tak bolos ke lapisan bawah. Tuang perlahan.
  • Tunggu sejuk dan kemudian boleh di simpan dalam peti ais. Makan sejuk2 sedap!


15th Day Ramadhan

Monday, August 15, 2011

Salam...


Dah 2 hari tak de entry. Puasa ke 13 berbuka di rumah my parents @ putrajaya..abah buat spaghetti sup tulang..ari tu camera tak bawak nak snap pic..tapi mmg sedap..tq abah. Puasa ke 14 pulak berbuka dirumah mertua, biasalah weekend jer mesti cari family, makan ramai2 baru meriah & berselera. My MIL masak jantung pisang ala2 macam sayur goreng (seriously goreng) memang sedap...first time makan jantung pisang goreng..tanya resepi my MIL cakap tumbuk bawang putih n merah letak belacan skit pastu jantung tu potong kecik2...tumis semua bahan masuk perasa & gula sedikit..tapi jgn letak air..sebab nanti air jantung pisang tu akan keluar tunggu kering leh angkat..makan dgn nasi panas..perghhhh nurul yang kasi licin jantung tu :)



Ok lah nak share menu tuk ari nih...hari ni invite my in law datang berbuka kat rumah...menu? 






Masak Lemak Daging Salai
Resepi dari cekvisionhomes




BAHAN-BAHANNYA...
  • 300 - 400 grams daging salai direbus sekejap...utk melembutkan daging kemudian dihiris nipis...dicuci bersih...ditoskan.. - nurul rebus daging sebesar tapak tangan x 2 ketul rebus sampai lembut kemudian bakar dalam oven 200 degree 10 minit dan terbalikkan bakar lagi 10 minit.
  • 15 - 20 biji cili api  *
  • 2 biji cili hijau...tak nak letak pun tak pe...  * tak letak
  • 1 inci kunyit hidup  *
  • 1/2 inci halia  *
  • 2 batang serai diketuk/dititik
  • 1 helai daun kunyit....disiat2 sahaja....
  • 1 paket jeruk rebung....dihiris nipis...direndam dlm air panas sekejap...cuci dan toskan... - nurul pakai taugeh hijau
  • 200 ml pati santan Ayam Brand...nak guna jenama lain pun boleh ya...
  • Garam secukup rasa
  • 1 - 2 keping asam keping..
  • Sedikit gula penyedap rasa...
  • Air secukupnya....
CARA-CARA PENYEDIAANNYA...
  • Kisar sume bahan2 yang bertanda  *
  • Masukkan daging salai yang telah dicuci bersih kedlm periuk...campurkan sekali bahan2 kisar dan jugak serai...letakkan diatas dapor...gunakan api kecik je...biarkan daging salai sebati ngan bahan kisar..dan kacau sekali sekala....
  • Masukkan separuh dari santan dan jugak rebung yang telah dihiris tadi....kacau selalu perlahan2...tambahkan air...jgn banyak sgt ya...kena agak2...bolehlah dicampurkan garam....asam keping dan sedikit gula....masukkan jugak baki santan tadi...biarkan kuah mendidih ....bila daging salai dah empuk....akhir sekali masukkan daun kunyit & taugeh hijau.....siap dah....




& menu ke-2


Puyuh Bakar Berempah

Bahan-bahan:
5 ekor puyuh di belah dua & dibersihkan. Tos hingga air kering

1 sudu kecil serbuk ketumbar
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu kecil serbuk jintan putih
1 sudu kecil serbuk kari daging
1 sudu kecil serbuk pasti sedap knorr/pati ayam


Cara: 
Satukan semua bahan. Lumurkan pada puyuh. Griskan sedikit minyak pada loyang/bekas tahan panas. Susun puyuh dan perap selama 20 minit. Lagi lama lagi bagus. Panaskan ketuhar 200 degree. Bakar puyuh selama 25 minit atau sehingga masak. 




& menu ke 3 - Sambal getuk ikan bilis + ulam timun, kailan & bendi celur. Dessert buat sago jagung << semua di atas tak sempat nak snap dah licin :)

Mom.With.Apron Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template for Bie Blogger Template Vector by DaPino