Puding Tauhu

Wednesday, September 21, 2011

Salam bersiaran lagi kita di pagi..eh tak berapa nak pagi dah....matahari dah terpacak atas kepala..sebelum nak gi ambik Mr.Rais balik sekolah nak masuk entry Puding Tauhu. Nurul ambik resepi dr umah Kak Nor.  Kenapa nama dia puding tauhu yer kak nor?? explain skit...tak de guna tauhu pun or air soya..hehehe..nurul buat ni masa buat untuk makan2 raya untuk family minggu lepas. Diaorang pun tanya kenapa nama puding tauhu tapi tak de soya? hmm sebab rupa cam tauhu kot..hehehe..anyway puding ni sedap..tak manis..air dr laici tu yang buat kick..tapi nurul buat terkeras..silap bilang cawan air rasanya..dalam resepi 6 1/2 cawan air..mungkin nurul silap kira letak 5 1/2 cawan kot..sepatutnya dia lembik smooth skit kan? tapi nurul punya dah keras skit macam agar2...kena buat lagi nih :)




PUDING TAUHU 
resipi original: K.Nor@SecubitGaram

ditry oleh : Nurul - mom.with.apron
Bahan:
utk puding:
1 paket agar2 serbuk@10gm sepaket
6 1/2 cawan air
1 1/2 sudu besar gula
1/2 cawan santan
1/2 cawan susu pekat
1/2 cawan susu cair
secubit garam
1 helai daun pandan

utk kuah:
1 tin laici
1 tin air (guna tin laici sebagai penyukat)
3 - 4 sudu besar gula

Cara:
utk buat puding:
Masak air bersama serbuk agar2 dan gula serta daun pandan hingga mendidih.
Masukkan santan, susu pekat, susu cair dan garam.
Masak lagi hingga hampir mendidih (keluar wap yg banyak) dan padamkan api. Biarkan hingga suam.
Tapiskan ke dalam sebuah bekas lain dan bolehlah dituangkan ke dalam acuan yg disukai.
Biarkan sejuk dan masukkan kedalam peti ais sehingga hendak dihidankan.

Utk kuah:
Asingkan laici ke dalam bekas berasingan dan siat2kan sedikit.
Masak air laici bersama 1 tin air dan gula hingga mendidih.
Biarkan sejuk
Masukkan ke dalam peti ais dan biarkan betul2 sejuk sebelum menghidang.

Cara menghidang:
Letakkan puding ke dalam sebuah mangkuk dan letakkan juga laici yg disiat tadi.
Tuangkan kuah dan puding sedia utk dimakan.

* puding ni boleh juga kalau nak dimakan dgn fruit coktail, cuma gantikan laici tu dgn fruit coktail ya.. bahan2 utk kuah tu yg lain2nya boleh guna sama cam dlm resipi.

2 comments:

K.Nor said...

salam nurul.. asalnya puding ni dibuat dulu tak ada bentuk. tuang semua adunan dalam loyang. kemudian bila nak makan, scoop dgn senduk dan letak dlm mangkuk (individu) pastu letak kuah. menyerupai tauhu@taufu fa kan.. dr tu dipanggil puding tauhu sbb presentation tu menyerupai taufu fa.. tp bila k.nor buat, k.nor edit balik banyak bahan2 yg digunakan (asalnya keras puding tu dan tak menyerupai kelembutan taufu fa), oter situ oter sini.. setelah melepasi piawaian anak tekak ahli dlm rumah, hasilnya dptlah resipi yg k.nor share kat blog tu.. tu lah salasilah puding tauhu :)

mekasih sudi cuba.. kalau terkeras tu mmg tandanya tersilap sukatan air.. teksture tepat puding ni mcm kita makan taufu fa atua lebih keras/pejal sket dr taufu fa.. :)

cuba tengok kat posting awal resipi ni kat myr.. cara presentation puding ni.. http://www.myresipi.com/top/detail/4261 mcm taufu fa kan.. cuma tak guna air gula melaka jer :)

N.U.R.U.L said...

salam kak nor...

ha'aah la kak nor..memang macam taufufa..memang nurul kena buat lagi nih..tak puas hati sebab terkeras..nanti dah buat nurul update lagi...rasa macam bukan macam..confom tersilap bilang sukatan air nih..al maklum byk gangguan..heheh nurul kalau masak tak berenti dua tiga kali tak sah..hehehe nak kena jugak intai budak kecik tuh

tq kak nor!

lagi satu nurul ni suka try dessert yang kak nor buat..sebab suka sukatan gula yang sedang2 elok jer..tak berapa manis..i like....

Post a Comment

Mom.With.Apron Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template for Bie Blogger Template Vector by DaPino