Ayam Bakar Bijan

Thursday, September 22, 2011

Salam...

Hari ni buat Ayam Bakar Bijan...resepi dari Blogresepi Ijan...sukanya lah tengok gambar2 dia..sungguh cantik..jeles nyer :)..ni kamera nurul rosak pulak...tah ape tak kena..gambar tak de dalam memory pun tapi memory full..haish...tu yg byk mende2 masak tak snap..ni snap pakai phone jer..korang pejam mata je la eh..intai skit2 jer..gambar memang tak lawa...tunggu ler sapa2 nak kasi present DSLR :)) wink to my En. Asben hehehe


 
Resipi Ayam Bakar Bijan
  • seekor ayam (lebih kurang 1 kg) - nurul buat 5 ketul jer (ayam nutriplus antobiotic free)
  • 4 sb kicap manis pekat - nurul letak 2sb kicap pekat + 1sb kicap manis
  • 4 sb sos tiram
  • 2 sb madu
  • 2 sb minyak bijan
  • sedikit garam
  • sedikit bijan untuk ditabur selepas ayam masak
  1. Rebus ayam sehingga 1/4 masak (kite rebus lebih kurang 15-20 min). Toskan dan airnya boleh digunakan untuk masak nasi ayam & sup 
  2. Campurkan semua bahan kecuali ayam dan bijan di dalam mangkuk.
  3. Lumurkan pada seluruh permukaan ayam yang sudah ditoskan tadi. Perap selama 30-60 min. Simpan lebihan sos untuk di lumur pada ayam semula.
  4. Panaskan oven ke suhu 150 C.
  5. Letak ayam dalam dulang pembakar, bakar selama 1 jam. Setiap 15 min, keluarkan ayam dan lumur dengan lebihan sos tadi. Kemudian, bakar semula ayam tersebut. Ulangi proses yang sama sehingga cukup 1 jam.
  6. Setelah masak, tabur bijan di atas ayam tadi. Siap.


0 comments:

Post a Comment

Mom.With.Apron Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template for Bie Blogger Template Vector by DaPino