Puding Karamel Lapis Strawberry

Tuesday, August 2, 2011

yuhuuu...bulan puasa tanpa dessert atau kuih muih pemanis mulut tak sah kan?? semalam buat krim karamel pos ke umah mentua...sedap..heheh (puji diri sendiri la plak). Ari ni buat version modifed pulak. Tengok kat rumah Ummi puding karamel lapis coklat..hmm sedapnya rasa nak try..tapi en.asben tak berapa nak suka coklat..nurul tukar dengan strawberry...hasilnya?? sedap..terasa strawberry & lemak2 puding + ngan karamel..tapi bab rupa nih sila abaikan yer..hahahah 'jampinya tersilap'..sepatutnya letak dalam remekin atau loyang baru cantik..ni nurul p pakai mould kecik2 (konon nak senang makan)..hmm tak pe next time buat dlam loyang & doublekan resepi...jom tengok resepi
Tak cantik tapi sedap..hahahaha
Puding Karamel Lapis Strawberry (5 acuan)


Bahan:

200ml susu Full Cream Milk 
2 biji telor gred A
1 sudu kecil esen vanila
1 sudu besar tepung kastard
1 sudu besar paste strawberry


Gula hangus
2 sudu bear gula - hanguskan dan campur 4 sudu besar air panas


Cara Membuat:-
Satukan kesemua bahan kecuali paste strawberry tapiskan dan bahagi dua. Satu bahagian masukkan paste strawberry. Panaskan periuk kukusan, masukkan 1 sudu gula hangus dalam remekin. Masukkan adunan yang asli 1/2 bagi setiap remekin dan kukus selama 5 minit atau hingga masak. Bila dah masak, tuangkan aduan strawberry dengan perlahan2 bermula  dibahagian tepi sehingga penuh. Kukus 15 minit dan sejukkan dan terbalikkan ke dalam pinggan hidangan. Boleh letakkan fresh strawberry kalau ada. 

ok ni kalau nak buat satu loyang diolah dari Resepi Ummi minta izin C&P yer Ummi


Bahan:-
(A)
1 tin susu cair (*ummi guna Nestle Ideal)
5 sudu bear gula - nurul tak letak 
3 biji telor gred A
1 sudu kecil esen vanila


(B)
1 tin susu cair
5 sudu besar gula - nurul tak letak
3 biji telor gred A
4 sudu besar serbuk koko/1 sudu kecil serbuk nescafe + 1 sudu kecil pes coklat - nurul tukar 3 sudu besar paste strawberry


(C)
2 sudu bear gula - hanguskan dan campur 4 sudu besar air panas
atau boleh guna 2 sudu besar madu


Cara Membuat:-
Kacau bahan A dan bahan B dalam dua bekas berasingan. Tapiskan. Panaskan periuk kukusan, masukkan gula hangus atau madu dalam loyang 8 x 8 inci (*ummi guna loyang bulat berdiameter 6" x 3" tggi). Masukkan 1/2 cawan (*ummi letak 3/4 cawan) adunan bahan A dan kukus selama 5 minit atau hingga maska. Bila dah masak, tuangkan pula sukatan yang sama bagi adunan B atas adunan A. Ulang A dan B berselang seli hinga habis. Sejukkan dan terbalikkan ke dalam pinggan hidangan. Potong dan hidang.

0 comments:

Post a Comment

Mom.With.Apron Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template for Bie Blogger Template Vector by DaPino