Raspberry Jelly Custard

Thursday, August 4, 2011

Dessert untuk Puasa ke-3

Raspberry Jelly Custard
Ada layer biskut kat atas jelly

Crushed Biscuit & Rainbow Rice topping

Longan dalam jelly. Nampak tak layer biscuit tu..huhu sedap
Dessert ni version combination dua resepi (Jelly Custard) dari Cooking with swapna & the purple journal


Resepi
Raspberry Jelly Custard
(4 bekas)

Bahan-bahan

1 paket Jelly kegemaran - nurul pakai raspberry jenama Nona
Buah longan dalam tin (boleh letak apa2 je buah2 dlm tin..letak fruit cocktail lagi sedap)
500ml Susu Full Cream Milk
4 tbsp gula - nurul letak 3 sudu jer
2 sudu tepung kastad
5 keping Ladyfinger Biscuit, dihancur kasar - kalau tak de boleh pakai shortbread biscuit @ butter cookies


Cara:
Jelly:

  • Susun buah2 dalam gelas/bekas. Nurul letak setiap gelas 5 biji longan
  • Masak jelly ikut paket. Biar suam. Tuangkan dalam bekas berisi buah tadi. Setkan dalam peti ais selama 2 jam.
Custard:
  • Blend 2 sudu tepung kastad dengan sedikit susu. atau boleh je bancuh ngan sedikit susu & tapis.
  • Dalam periuk didihkan lebihan susu & gula dengan api perlahan.
  • Masukkan bancuhan tepung kastad tadi perlahan2. Kacau 1-2 minit sehingga pekat. Ketepikan dan biar suam.
Setelah jelly sejuk taburkan biskut yang telah dihancurkan sehingga menutupi jelly. Masukkan bancuhan kastad tadi - anggaran dalam 4 sudu (bila sejuk kastad akan berketul, whiskan sekejap seingga tak berketul). Hiaskan dengan sedikit biskut & rainbow choclate rice...boleh juga kalau nak letak buah2 atas tu. Nurul tak letak sebab lebihan longan tu buat air utk  berbuka. Ulang step sehingga abis kesemua bekas. Dan sejukkan dalam peti ais selama 2-3 jam. Elok buat pagi2 jadi time berbuka dah set sepenuhnya. 

Verdict:
Rais makan sampai licin (extra rainbow rice untuk dia). 

En. Asben tak berapa suka letak biscuit tu (dia memang suka menda simple2 jer). 

Nurul pulak suka rasa biskut2 tu. Rasa sedap bila gabung dengan jelly & custard.
Rank 4 dr 5 star. Next time nak try ngan peach.

2 comments:

Nurul said...

Salam kenal Nurul...
Cam menarik jer dessert kat atas tu... Bleh try juga nanti ni... Salam Ramadhan.. :)

N.U.R.U.L said...

salam nurul..salam perkenalan..terima kasih kerana tinggalkan comment
dessert ni sedap sebab ada biskut tuh..lain dr yang lain..rasa masam2 jelly & lemak2 kastad

Post a Comment

Mom.With.Apron Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template for Bie Blogger Template Vector by DaPino