Rich Choclate Pudding

Wednesday, September 28, 2011

Salam...

Semalam petang buat Rich Chocolate pudding...puding yang sedap..u all MESTI CUBA! tak manis..lemak2 chocolate..walah..memang sedap...my taste :)

Rich Chocolate Pudding
Resepi: C&P dari Kak Nor Secubit Garam
Ditry oleh : Nurul - Momwithapron

Bahan:
1/2 cawan serbuk koko
1 cawan gula
1/2 cawan susu tepung
1/2 sudu teh garam
4 1/4 cawan air
4 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu teh esen vanilla
3 sudu besar butter
1 paket serbuk agar2 (10-11gm)
fruit cocktail secukupnya ~ tambahan


Cara:
Utk puding:
Campurkan semua bahan kecuali butter dan kacau selalu hingga mendidih.
Masukkan butter, kacau hingga pekat.
Angkat dan masukkan kedalam loyang atau acuan yg disukai.


** untuk puding ni n puding2 lain, kalu nak senang keluarkan bila dah beku, basahkan dulu acuan sebelum memasukkan puding..bila dah beku, insyaAllah senang nak keluarkan.

Bahan Kuah Kastard:
1 cawan susu cair
1 cawan air
1/2 sudu besar tepung kastard
2 - 3 sudu besar gula

Cara:

Masukkan kesemua bahan kedalam periuk dan masak hingga mendidih sambil sentiasa mengacau.
Padamkan api, biarkan sejuk dan simpan dalam peti ais sehingga betul2 sejuk.
Hidangkan puding bersama dgn fruit coktail dan kuah kastard.


Untuk Mr.Rais..pakai acuan kecik2..senang dia nak ngap

6 comments:

Fauziah Samad said...

sedapnya Nurul.
sorry bout the bad news. hope you all sabar dengan ujian ini. happy belated birthday to hubby.
btw jangan lupa hangkut award kat my blog yer. thnx

Ayu said...

salam..BW dipagi hari jumpa lak dapur nie...sedapnya pudding & izin copy..& i follow

Dessertlicious said...

kjee....tq..dah balik dr johor yer?
award? alamak kakjee award ape nih? nurul baru nak merangkak naik nih..award ni utk apa kak jee? nak explanation please

Dessertlicious said...

Ayu

tq ayu...sedap chocolate puding nih..kita sorang makan berbiji2..hehehe

Jun said...

hi nurul..waaahhh, resipi akak ni smpai dah kt umah nurul ye..suka ek? bagus2..hihi...dah lama akak x buat ni...

Dessertlicious said...

a'aah kat...resepi akak dah byk sebenarnya masuk dapur nurul tapi tak kesempatan nak publish..& mase tu tak de blog lagi..heheh ni buat blog pun nak belajar memasak..heheh sedap puding nih kak..i loikeeeee :)

Post a Comment

Mom.With.Apron Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template for Bie Blogger Template Vector by DaPino