Showing posts with label Daging. Show all posts
Showing posts with label Daging. Show all posts

Ground Beef Kebabs @ Kabobs

Wednesday, August 24, 2011

Salam...


Last week buat Nasi Mandhi lagi...Kawan En. Asben datang berbuka kat rumah.  Nasi Mandhi ni senang nak buatkan..sekejap jer dah siap. Jadi untuk meriahkan lagi geng nasi mandhi nih nurul buat kebab daging...mula2 nak buat kebab kambing tapi tak de kambing fresh jadi tukarlah dengan daging jer...






Resepi ambil dari reciperita


BAHAN-BAHAN
  • 1 kilo daging cincang (atau kambing)  
  • 4 tablespoons sour cream
  • 1 biji bawang besar,dadu kecil
  • 1 inchi halia
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 biji cili hijau
  • 1/2 cup daun ketumbar, dicincang halus
  • 2 tablespoons olive oil
SPICES
  • 1 teaspoon ketumbar
  • 1 teaspoon jintan putih
  • 1 teaspoon chaat masala - nurul pakai garam masaala
  • 1 teaspoon garam/secukup rasa
Cara penyediaan:
  1. Letak daging cincang dalam bekas besar. Ketepikan.
  2. Masuk semua bahan kecuali bawang, daun ketumbar & sour cream dalam blender. Kisar hingga halus. Dengan perlahan masukkan olive oil & sour cream dan kisar lagi sehingga sebati. 
  3. Campurkan bahan kisar ke dalam mangkuk  daging. Kacau sebati.
  4. Masukkan bawang besar & daun ketumbar. Dengan tangan uli daging sehingga bercantum kesemua bahan.
  5. Cover dengan plastic wrap dan marinate dalam peti ais selama 2 jam.
  6. Panaskan oven 400 degrees F/200 degrees C.
  7. Alaskan dulang pembakar dengan aluminium foil. 
  8. Bahagikan adunan kepada 10 bebola sebesar lemon.
  9. Sapukan minyak pada tangan dan bentukkan seperti sosej. 
  10. Ulang langkah sehingga habis dan susun atas dulang pembakar dengan jarak 1 inchi setiap kebab.
  11. Bakar selama 20 minutes di rak tengah oven dan cover dengan alluminium foil.
  12. Selepas 20 minit buka alluminium foil dan keluarkan air yang keluar dari daging.  Terbalikkan kebab dan switch oven ke BROIL dan bakar lagi sehingga 15 minit. 
  13. Sapukan minyak ke atas kebab dan bakar lagi 5 ke 7 minit.
  14. Jangan terlebih masak nanti kebab akan jadi kering. 

Kebab boleh dihidangkan bersama Mint Sauce dan Roti Pita & Salad mengikut selera masing-masing.

Mint Sauce
1 bekas kecil plain yogurt 
1/2 cawan daun pudina
1/2 biji lemon jus
1 sudu kecil gula

Cara
Satukan semua bahan dan kisar hingga sebati. Sedia untuk dihidang.

15th Day Ramadhan

Monday, August 15, 2011

Salam...


Dah 2 hari tak de entry. Puasa ke 13 berbuka di rumah my parents @ putrajaya..abah buat spaghetti sup tulang..ari tu camera tak bawak nak snap pic..tapi mmg sedap..tq abah. Puasa ke 14 pulak berbuka dirumah mertua, biasalah weekend jer mesti cari family, makan ramai2 baru meriah & berselera. My MIL masak jantung pisang ala2 macam sayur goreng (seriously goreng) memang sedap...first time makan jantung pisang goreng..tanya resepi my MIL cakap tumbuk bawang putih n merah letak belacan skit pastu jantung tu potong kecik2...tumis semua bahan masuk perasa & gula sedikit..tapi jgn letak air..sebab nanti air jantung pisang tu akan keluar tunggu kering leh angkat..makan dgn nasi panas..perghhhh nurul yang kasi licin jantung tu :)



Ok lah nak share menu tuk ari nih...hari ni invite my in law datang berbuka kat rumah...menu? 






Masak Lemak Daging Salai
Resepi dari cekvisionhomes




BAHAN-BAHANNYA...
  • 300 - 400 grams daging salai direbus sekejap...utk melembutkan daging kemudian dihiris nipis...dicuci bersih...ditoskan.. - nurul rebus daging sebesar tapak tangan x 2 ketul rebus sampai lembut kemudian bakar dalam oven 200 degree 10 minit dan terbalikkan bakar lagi 10 minit.
  • 15 - 20 biji cili api  *
  • 2 biji cili hijau...tak nak letak pun tak pe...  * tak letak
  • 1 inci kunyit hidup  *
  • 1/2 inci halia  *
  • 2 batang serai diketuk/dititik
  • 1 helai daun kunyit....disiat2 sahaja....
  • 1 paket jeruk rebung....dihiris nipis...direndam dlm air panas sekejap...cuci dan toskan... - nurul pakai taugeh hijau
  • 200 ml pati santan Ayam Brand...nak guna jenama lain pun boleh ya...
  • Garam secukup rasa
  • 1 - 2 keping asam keping..
  • Sedikit gula penyedap rasa...
  • Air secukupnya....
CARA-CARA PENYEDIAANNYA...
  • Kisar sume bahan2 yang bertanda  *
  • Masukkan daging salai yang telah dicuci bersih kedlm periuk...campurkan sekali bahan2 kisar dan jugak serai...letakkan diatas dapor...gunakan api kecik je...biarkan daging salai sebati ngan bahan kisar..dan kacau sekali sekala....
  • Masukkan separuh dari santan dan jugak rebung yang telah dihiris tadi....kacau selalu perlahan2...tambahkan air...jgn banyak sgt ya...kena agak2...bolehlah dicampurkan garam....asam keping dan sedikit gula....masukkan jugak baki santan tadi...biarkan kuah mendidih ....bila daging salai dah empuk....akhir sekali masukkan daun kunyit & taugeh hijau.....siap dah....




& menu ke-2


Puyuh Bakar Berempah

Bahan-bahan:
5 ekor puyuh di belah dua & dibersihkan. Tos hingga air kering

1 sudu kecil serbuk ketumbar
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu kecil serbuk jintan putih
1 sudu kecil serbuk kari daging
1 sudu kecil serbuk pasti sedap knorr/pati ayam


Cara: 
Satukan semua bahan. Lumurkan pada puyuh. Griskan sedikit minyak pada loyang/bekas tahan panas. Susun puyuh dan perap selama 20 minit. Lagi lama lagi bagus. Panaskan ketuhar 200 degree. Bakar puyuh selama 25 minit atau sehingga masak. 




& menu ke 3 - Sambal getuk ikan bilis + ulam timun, kailan & bendi celur. Dessert buat sago jagung << semua di atas tak sempat nak snap dah licin :)

12th Day Ramadhan

Friday, August 12, 2011

Salam...


Menu berbuka untuk hari nih...Kari Kambing Mamak ala2 nasi kandar...stok nak mengabihkan kambing 'belen' Nasi Mandhi Kambing aritu. Dapat resepi dr wheelsondbus. Tapi kari dia nama Kari 2 sepupu sebab dia campur kambing & biri2..jadikla 2 sepupu..Nurul punya kambing tak de sedara la..Kambing Tunggal..keh keh keh


Resepi ni sedap..masak dengan agak lama...2 jam sebab nak empukkan daging tu (wish i have pressure cooker) & rempah2 tu dah sebati dengan daging tu yg wat sedap! cara masak dia agak lain skit..selalu kita kisar bawang2 mentah kan..tapi yang ni kena goreng ngan minyak skit sampai bawang layu baru blend & baru tumis..Kari ni sedap makan dengan nasi bertumis kot..nasi putih pun ok jugak..Nurul tanya jugak En. Asben..nak nasi minyak ke, beringin ker bukhari ke..dia kata nak mkn ngan nasi putih jer...so lawan nasi ngan kari kambing & sayur steam jer..


Jom tengok resepi


Kari Kambing ala Mamak
Resepi dari wheelsondbus


Bahan-bahan:

Bahan A – dikisar halus dengan 2 sudu air (saya tumbuk je pakai lesung batu) - nurul blend
1 biji bawang besar (hiris)
2 ulas bawang merah (hiris)
3 ulas bawang putih
1 inci halia
**nota: bawang besar, merah & garlic di sauteed in a skillet pan dengan sedikit minyak until the edges turn slightly brown.
Bahan B – disangai@goreng tanpa minyak hingga wangi & kisar halus
½ sudu teh jintan manis
¼ sudu teh lada hitam
1 sudu teh jintan putih
¼ sudu teh ketumbar
Bahan C
500gm daging kambing/bebiri dipotong cube (bertulang atau tidak ikut suka)
2 biji ubi kentang potong 4 - nurul letak 3 biji size kecil tak potong pun 
1 sudu besar cili blend
2 sudu besar rempah Raja Kari Faiza
2 sudu besar tomato pes/puri @ 1 biji tomato buah - nurul pakai tomato 1 biji yang diblend
1 tangkai daun kari
1 batang kulit kayu manis
Sedikit bunga lawang
Sedikit buah pelaga
2 sudu besar jus lemon/limau kasturi (I omit sebab dah guna susu masam) - nurul letak jus lemon 
½ cawan yogurt atau susu masam - x letak
1 cawan air
1 sudu teh rata garam atau sesedap rasa
Secubit gula pasir atau gula merah jika suka

Cara-cara:
1.Gaulkan daging kambing dengan bahan B dan perap 20minit.
2.Panaskan minyak, tumis rempah 3 sekawan dengan daun kari hingga wangi. Masukkan bahan A (pes halia, bawang & bawang putih) dan cili blend. Tumis hingga pecah minyak.
3.Masukkan pes/buah tomato, diikuti dengan daging kambing. Gaul rata supaya bahan rempah meliputi daging. Biarkan daging agak kering air, baru masukkan rempah kari Raja Kari Faiza.
4.Gaul rata kemudian tuang 1 cawan air. Tutup periuk, perlahankan api, biar merenih selama 1 jam atau daging separuh empuk. Kacau sesekali untuk elakkan rempah hangus.
5.Masukkan ubi kentang, jus lemon atau yogurt@susu masam, garam dan gula. Kacau rata kemudian tutup semula periuk dan biarkan sehingga daging empuk sepenuhnya for another 30min to 40min. (Masa ini saya tambahkan dalam 1 cawan air dan transfer ke dalam oven for 20mins untuk percepatkan proses empuk daging) - nurul tambah air lagi 1 cawan dan kecik api reneh sampai 40 minit atau sehingga lembut. Kacau sekali sekala
Kurangkan penggunaan minyak untuk menumis sebab lemak dari kambing akan terbit hasil daripada slow cooking. Memasak dengan api perlahan is the best way to let the meat tenderize tapi memakan masa yang lama. Yang bestnya rempah betul2 meresap ke dalam daging serta you get gravy yang glisten sebab pecah minyak dengan sempurna.

8th Day Ramadhan

Wednesday, August 10, 2011

Salam..


Kita sedia maklum dengan kelebihan berpuasa dr sudut pandang islam...
Ni nurul nak share sikit kelebihan berpuasa dari sudut sains

Beberapa cendekiawan telah melakukan beberapa ujian tentang puasa diantaranya secara ringkas dibawah ini:

Allan Cott, M.D - Seorang pakar dari Amerika Syarikat, telah menghimpun hasil pengamatan dan penelitian para ilmuwan berbagai negara, lalu menghimpunnya dalam sebuah buku Why Fast iaitu berbagai hikmah puasa, antara lain:
a. To feel better physically and mentally (merasa lebih baik secara fizikal dan mental).
b. To look and feel younger (merasa lebih muda).
c. To clean out the body (membersihkan badan)
d. To lower blood pressure and cholesterol levels (menurunkan tekanan darah dan kadar lemak.
e. To get more out of sex (lebih mampu mengendalikan seks).
f. To let the body health itself (membuat badan sihat dengan sendirinya).
g. To relieve tension (mengendurkan ketegangan jiwa).
h. To sharp the senses (menajamkan fungsi sense).
i. To gain control of oneself (memperolehi kemampuan mengendalikan diri sendiri).
j. To slow the aging process (memperlambat proses penuaan).



Ha byk kelebihannya kan? so boleh la puasa bukan saja pada bulan ramadhan..hari2 biasa pun kalau boleh kita berpuasa...badan pun sihat :)


Menu berbuka untuk hari ke-8 Ramadhan : Sup Daging Tetel Pedas, Telur Dadar Taugeh Hijau, Sayur Lobak Kantonis & Passion Fruit @ Markisa Milk Shake



Sup Daging Tetel Pedas
Resepi dari Majalah Rasa Ogos 2010


Bahan:
1/2 Kilo Daging Tetel (resepi asal pakai ekor) - direbus hingga lembut
1.25 litre air
4 sudu makan minyak masak
2 batang serai
2 biji kentang - potong dua -nurul tambah
2 tangkai daun ketumbar (optional)
2 sudu teh bawang goreng (optional)
Suhun - digoreng


Bahan kisar halus:
8 biji bawang merah
2.5cm halia
3 ulas bawang putih
4 tangkai cili kering - nak pedas tambah lagi
3 sudu teh lada hitam
3 sudu teh ketumbar
2 sudu teh jintan manis
2 sudu teh jintan putih


Cara:
  1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga harum.
  2. Masukkan air rebusan daging dan juga serai. Biarkan mendidih sekejap
  3. Masukkan daging yang telah direbus dan kentang dan didihkan dengan api perlahan selama 20minit
  4. Perasakan dengan garam.
  5. Hidangkan bersama bawang goreng, daun ketumbar & suhun goreng.

Mom.With.Apron Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template for Bie Blogger Template Vector by DaPino