Showing posts with label Ayam. Show all posts
Showing posts with label Ayam. Show all posts

Ayam Bakar Bijan

Thursday, September 22, 2011

Salam...

Hari ni buat Ayam Bakar Bijan...resepi dari Blogresepi Ijan...sukanya lah tengok gambar2 dia..sungguh cantik..jeles nyer :)..ni kamera nurul rosak pulak...tah ape tak kena..gambar tak de dalam memory pun tapi memory full..haish...tu yg byk mende2 masak tak snap..ni snap pakai phone jer..korang pejam mata je la eh..intai skit2 jer..gambar memang tak lawa...tunggu ler sapa2 nak kasi present DSLR :)) wink to my En. Asben hehehe


 
Resipi Ayam Bakar Bijan
  • seekor ayam (lebih kurang 1 kg) - nurul buat 5 ketul jer (ayam nutriplus antobiotic free)
  • 4 sb kicap manis pekat - nurul letak 2sb kicap pekat + 1sb kicap manis
  • 4 sb sos tiram
  • 2 sb madu
  • 2 sb minyak bijan
  • sedikit garam
  • sedikit bijan untuk ditabur selepas ayam masak
  1. Rebus ayam sehingga 1/4 masak (kite rebus lebih kurang 15-20 min). Toskan dan airnya boleh digunakan untuk masak nasi ayam & sup 
  2. Campurkan semua bahan kecuali ayam dan bijan di dalam mangkuk.
  3. Lumurkan pada seluruh permukaan ayam yang sudah ditoskan tadi. Perap selama 30-60 min. Simpan lebihan sos untuk di lumur pada ayam semula.
  4. Panaskan oven ke suhu 150 C.
  5. Letak ayam dalam dulang pembakar, bakar selama 1 jam. Setiap 15 min, keluarkan ayam dan lumur dengan lebihan sos tadi. Kemudian, bakar semula ayam tersebut. Ulangi proses yang sama sehingga cukup 1 jam.
  6. Setelah masak, tabur bijan di atas ayam tadi. Siap.


4th Day Ramadhan

Friday, August 5, 2011

Salam...


Mata dah agak berat minta dicari bantal..sebelum tu nak pos menu berbuka semalam...belek2 buku resepi kompilasi Masakan Cina..tengok resepi & gambar (mudah terpengaruh betul) macam sedap jer..butter pun mmg ada standby 2-3 buku dlm freezer..tapi bukan Golden Churn yang tak halal tu yer..




Ayam Goreng Mentega
(4 orang)

Resepi dari Masakan Cina oleh synergy media
Bahan2:
8 potong Ayam
2 ibu jari halia - diparut
7 ulas bawang putih - cincang halus
1 biji bawang bombay - cincang halus
1 biji jeruk limau - ambil air
3 tsp minyak bijan
6 tbsp mentega
3 tbsp kicap masin
1 tsp serbuk lada putih
2 tbsp kicap inggeris
3 tbsp kicap manis
150ml air
Sedikit minyak masak untuk menggoreng ayam

Cara:
  1. Gaul ayam dengan halia & minyak bijan. Perap 1 jam.
  2. Goreng ayam hingga kekuningan. Angkat & ketepikan.
  3. Panaskan mentega, tumis bawang putih & bombay sehingga naik bau.
  4. Masukkan ayam goreng. Tambahkan semua jenis kicap & lada putih dan kacau rata.
  5. Masukkan air dan tunggu sehingga kuah pekat.
  6. Masukkan air perahan limau. Angkat.



Ayam Goreng Mentega

2nd Day Ramadhan

Tuesday, August 2, 2011

Salam semua..


Alhamdullilah dah masuk 2 hari berpuasa. Macam mana ari nih? lesu ke cergas ker? Nurul hari ni masuk tengahari jer dah haus melampau..adeh kering tekak..Asri ari nih kuat pulak menyusu..nasib la milk supply tetap melimpah ruah..alhamdullilah..untuk ibu2 yang menyusu sepanjang ramadhan nih jgn lupa minum air banyak selepas berbuka sampai la ke sahur nanti..
Menu ari nih? masak simple2 jer..ye la yang makan pun nurul & en abang jer..rais mkn  lauk tengahari Lemak Putih Labu tambah teluq goreng hancur sebiji..laju jer mkn..
Ari ni punya la kelam kabut...selalu dok masak pagi2 nih...ni nak masak petang..huh nak kena adjust time pulak..almaklum dua2 hero ku itu...sorang tido sorang bangun..nanti karang sorang bangun sorang lagi pulak tido..haih macam2..bnyk tul gangguan time masak tadi...nasib baik sempat settle semua..sempat jugak siap Puding Karamel Strawberry :)


K lah jom tengok ape yang kuar dr dapur cenonet nurul...


Ayam Masak Minang
Resepi dari Che Mat Gebu minta izin C&P yer Che Mat

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ekor ayam, dipotong 12 (mat potong 16) - nurul buat 6 ketui jer
20 tangkai cili kering, kerat, rendam air panas, tos dan kisar halus
3 biji bawang besar*
8 biji bawang merah*
5 ulas bawang putih*
2 cm halia*
1o biji buah keras*
2 cm kunyit hidup*(*dikisar halus)
5 cm lengkuas, diketuk
2 batang serai, diketuk
200 ml santan (mat guna susu sejat) - nurul pakai santan 
uht M&S
1 kiub ayam "Maggi"
1 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa
- nurul tambah daun kunyit 2 helai dicarik2


CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ayam dibuang kulit, cuci bersih dan toskan. Panaskan minyak dalam kuali, masukkan serai dan lengkuas titik, tumis hingga harum. Masukkan bahan2 kisar dan tumis hingga terbit minyak. Tambah cili kisar dan terus menumis hingga cili dan bahan lain garing.- nurul goreng sekejap ayam. Pastu baru tumis bahan2
  2. Masukkan ayam tadi dan gaul rata. Biar ayam kecut sedikit. Tambah santan, kacau dan masak dengan api sederhana. Masukkan asam gelugur, garam secukup rasa dan sedikit gula (mat guna gula melaka). Kacau sebati.
  3. Masak hingg kuah pekat dan sedikit kering, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat, sambal belacan dan ulam2man...

Kacang Botor Goreng
Menu wajib..sambal getuk ikan bilis (en. asben punya fav)

Resepi Sambal Getuk Ikan Bilis

Bahan:
Segenggam Ikan bilis - digoreng garing
1 biji bawang besar size sederhana - potong 4
10-15 biji cili padi - potong 2
1 biji cili merah/hijau - potong 5
1-2 inchi belacan
1 sudu kecil Gula 

Cara:

Goreng cili padi, cili, belacan dengan minyak sedikit. Angkat dan toskan. 
Tumbuk ikan bilis kasar2 dan masukkan bahan goreng tadi. 
Tumbuk hingga hampir lumat dan masukkan gula. 
Tumbuk sedikit dan hidang. 
Sesuai di makan dengan nasi panas beserta ulam-ulaman.

Ayam Masak Bali

Friday, July 29, 2011

Dah tayang lauk rais..ni tayang lauk mama & ayah dia pulak :)

Rumah ni memang peminat ayam..Kalau nak masak ayam ktrang suka yang kering2..yang berkuah pun ok tapi tak berapa kena ngan tekak ktrang nih...so google punya google terjumpa lak resepi ni kat rumah 
cikmin tokey macaron (geram tengok macaron dia tapi tak gemar dengan rasa nyer yang manis tak ingat). 
Ayam ni ada rasa masam skit, ada rasa rempah skit, pedas skit..memang kena la ngan tekak kami berdua nih. En.asben pun kata sedap..meh tengok bahan..kalau ada semua bahan kat umah..ape lagi..try la..senin ni (insyallah) dah puasa leh la wat lauk berbuka


Recipe dari : Cikmin

Ayam Masak Bali
Bahan-Bahan
1/2 ekor ayam - nurul pakai ayam nutriplus free antibiotic

1 biji bawang besar / 6 biji bawang merah
2 biji bawang putih
2 sudu serbuk kunyit
1 sudu kecil ketumbar (coriander powder)
1 sudu kecil jintan manis (aniseed)
1 sudu kecik jintan kasar (ground fennel seed)
3 batang serai (2 dikisar dan 1 diketuk)
Kicap pekat
Cili kering
1 tangkai daun kari
3-4 helai daun limau purut
Asam keping
Minyak masak
Garam
Gula
Cara-caraKisar bawang besar, bawang putih, ketumbar, jintan manis, jintan kasar, cili kering dan serai.Gaulkan bahan yang dikisar bersama-sama kunyit dan kicap pekat. Kemudian perap ayam dengan bahan ini.Panaskan minyak dan masukkan ayam yang telah diperap ke dalam kuali. Bahan perapan jangan dimasukkan lagi.Bila ayam sudah agak masak, masukkan bahan perapan tadi. Masukkan juga daun kari, daun limau purut, serai dan asam keping.Masukkan garam dan gula secukup rasa.Siap untuk dihidangkan. Selain nasi, boleh juga dihidangkan bersama-sama nasi impit.
Makan Ayam Masak Bali dengan Paru Goreng Cili & Sambal Getuk Ikan Bilis
 Paru Goreng Cili

Sambal Getuk Ikan Bilis + Ulam Kacang Botor

Mom.With.Apron Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template for Bie Blogger Template Vector by DaPino