Showing posts with label Sayur. Show all posts
Showing posts with label Sayur. Show all posts

Telur Dadar Taugeh Hijau & Sayur Lobak Kantonis

Wednesday, August 10, 2011

Taugeh hijau yang buat goreng daging aritu ada lagi skit..memang simpan untuk wat telur nih..ni lauk2 sampingan dengan Sup Daging Tetel Pedas



Telur Dadar Taugeh Hijau
Resepi dari Kompilasi Masakan Cina (suka betul ngan chinese food sebab healthy :)


Bahan:
50gm Taugeh Hijau - potong kasar
3 biji telur
Sedikit Udang kering - direndam dlm air panas & tos - nurul pakai udang geragau
1/2 Sudu teh gula
1/2 sudu teh serbuk lada putih
Garam secukup rasa


Cara:
  1. Telur di pukul sebentar dan masukkan semua bahan.
  2. Panaskan non stick pan. Kalau tak da pakai kuali biasa letak minyak 2-3 sudu.
  3. Curah adunan telur dan ratakan. Tunggu sebentar sehingga bahagian bawah hampir masak.
  4. Lipat dua telur dan terbalikkan beberapa kali supaya bahagian dalam masak. 
  5. Sedia untuk dihidang


Sayur Lobak Kantonis.. yang ni pun ala-ala chinese food jugak :). Chinese food ni byk pakai lada putih, minyak bijan, pastu sayur2 pun stim2..memang kegemaran nurul..saje buat berkuah jadi hero sorang tu leh tumpang sekaki. Buat ni last minute nak berbuka sebab sayur stim tak leh buat awal2 nanti dia kecut n kurang sedap.kalau boleh lepas kukus terus mkn panas2...disebabkan dah nak berbuka gambar pun snap semua blur..hahaha jgn mareee eh..ni je yang bleh dishare..tu pun blur gak..ngeeee


Sayur Lobak Kantonis


Bahan:

Sayur Lobak - rendam dalam air garam 10 minit
1 keping Ayam fillet bhg dada- hiris nipis
2 ulas bawang putih - cincang halus
2 sudu makan minyak masak
1 sudu makan minyak bijan
1/2 sudu kecil serbuk lada putih
2 sudu kecil tepung jagung
1 biji telur
Sedikit garam
Sedikit air


Cara:
  1. Panaskan kukusan. Susun sayur lobak dikeliling pinggan tahan panas. Ketepikan.
  2. Dalam periuk panaskan minyak masak. Tumis bawang putih hingga harum dan masukkan ayam. Goreng sebentar.
  3. Masukkan air, minyak bijan, serbuk lada putih, garam dan biarkan mendidih sebentar. 
  4. Masukkan tepung jagung. Tunggu kuah pekat dan tutup api.
  5. Perlahan-lahan masukkan telur dan kacau rata. 
  6. Kukus sayur lobak 5 minit dan curahkan kuah tadi ke atas sayur...boleh juga dikacau sekali.

Daging Tumis Taugeh Hijau

Friday, August 5, 2011

Berbuka ngan lauk masakan cina...tukar selera pulak hehehe..tadi dah share Ayam Goreng Mentega ni nak share sayur taugeh hijau pulak...layanzzz


Daging Tumis Taugeh Hijau


Daging Tumis Taugeh Hijau
Resepi dari Kompilasi Masakan Cina oleh Chef Sarji Ramli


Bahan2:
300gm daging lembu - nurul pakai daging cincang jer
3 ulas bawang putih - hiris nipis
1/2 biji bawang holland - hiris nipis
80gm taugeh hijau
1/2 biji lobak merah - hiris melidi
2 tbsp kicap cair
1/2 tbsp minyak masak
1/2 tsp lada hitam
1/2 tsp garam


Cara:
  1. Panaskan minyak sehingga berasap. Masukkan daging, bawang putih & bawang holland. Masak dengan api yang besar sambil dikacau selalu.
  2. Setelah daging masak, masukkan kicap cair, garam dan serbuk lada hitam.
  3. Masukkan lobak merah, taugeh hijau dan masak lagi sehingga 2 minit. Tutup api dan sedia untuk dihidang.
Ni untuk 'Ultraman Mebius' a.k.a Rais untuk tambah power

3rd Day Ramadhan

Thursday, August 4, 2011

Salam..


Semalam penat betul..tak sempat nak masuk entry..kul 9 dah masuk beradu..nak tidokan anak..dengan mama dia sekali tido..ha ha ha..apa tak nya dah 2 hari tido tak cukup... rasanya 4 jam je tido..jerawat pun dah naik...tu yang pengsan semalam.


Menu Puasa ke-3
Masak Lemak Rebung, Sambal Tumis Ikan Bilis & Ikan Kerisi Goreng 


Resepi dari Ryo
Gulai Rebung Masak Lemak
Bahan2:
  • 2 bungkus rebung (500 gram)*direbus dan ditoskan dahulu
  • 2 tangkai cili* - nurul tambah cili padi
  • 2 ulas bawang putih*
  • 2 ulas bawang merah*
  • 200 ml santan kotak (Kara) - nurul kurangkan 
  • 100 ml air
  • Garam dan serbuk perasa secukupnya
Caranya :
  1. Tumbuk dahulu bahan bertanda, tumis hingga naik bau
  2. Masukkan rebung yang telah direbus dan ditoskan terlebih dahulu
  3. Gaul sebati,biarkan 2 minit
  4. Masukkan santan dan air,garam dan serbuk perasa
  5. Gaul dan biarkan mendidih
  6. Padamkan api dan siap untuk dihidangkan.

Sambal Tumis Ikan Bilis
Sambal tak payah resepi la kan..semua sure pandai buat :)
Ikan Kerisi Goreng lupa lak nak snap...dah petang mak mertua call soh ambik lauk (Masak Lemak Pucuk Ubi & Pengat Sagu Keledek)... En. asben singgah pasar ramadhan beli ayam percik..byk rezeki berbuka semalam...tapi disebabkan byk sangat lauk & mata pun kalau boleh terpejam time berbuka hahaha..so makan skit jer..

Steam Spinach with Chicken & Egg

Wednesday, August 3, 2011

Menu untuk si hero yang tak berpuasa kat umah nih :)


Spinach kukus dengan ayam & telur

Resepi

Bahan:

2-3 tangkai Bayam merah - ambil daun sahaja
1 biji telur
1 fillet ayam - dipotong kecil (di perap dengan serbuk perasa atau garam)
Garam secukupnya
1 sudu Olive oil


Cara:
Susun bayam di atas pinggan tahan panas. Curah sedikit air dan taburkan garam. Kukus selama 3 minit.

Dalam non stick pan masukkan olive oil masukkan ayam dan goreng sehingga kekuningan. Pecahkan telur dan biarkan sekejap. Agak2 telur dah nak masak baru scramblekan.
Curah air bayam di atas nasi dan letakkan telur dan ayam tadi. Sedia untuk dihidang. 


Rais makan sambil susun snake alphabet nih...

Mom.With.Apron Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template for Bie Blogger Template Vector by DaPino