Ground Beef Kebabs @ Kabobs

Wednesday, August 24, 2011

Salam...


Last week buat Nasi Mandhi lagi...Kawan En. Asben datang berbuka kat rumah.  Nasi Mandhi ni senang nak buatkan..sekejap jer dah siap. Jadi untuk meriahkan lagi geng nasi mandhi nih nurul buat kebab daging...mula2 nak buat kebab kambing tapi tak de kambing fresh jadi tukarlah dengan daging jer...






Resepi ambil dari reciperita


BAHAN-BAHAN
  • 1 kilo daging cincang (atau kambing)  
  • 4 tablespoons sour cream
  • 1 biji bawang besar,dadu kecil
  • 1 inchi halia
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 biji cili hijau
  • 1/2 cup daun ketumbar, dicincang halus
  • 2 tablespoons olive oil
SPICES
  • 1 teaspoon ketumbar
  • 1 teaspoon jintan putih
  • 1 teaspoon chaat masala - nurul pakai garam masaala
  • 1 teaspoon garam/secukup rasa
Cara penyediaan:
  1. Letak daging cincang dalam bekas besar. Ketepikan.
  2. Masuk semua bahan kecuali bawang, daun ketumbar & sour cream dalam blender. Kisar hingga halus. Dengan perlahan masukkan olive oil & sour cream dan kisar lagi sehingga sebati. 
  3. Campurkan bahan kisar ke dalam mangkuk  daging. Kacau sebati.
  4. Masukkan bawang besar & daun ketumbar. Dengan tangan uli daging sehingga bercantum kesemua bahan.
  5. Cover dengan plastic wrap dan marinate dalam peti ais selama 2 jam.
  6. Panaskan oven 400 degrees F/200 degrees C.
  7. Alaskan dulang pembakar dengan aluminium foil. 
  8. Bahagikan adunan kepada 10 bebola sebesar lemon.
  9. Sapukan minyak pada tangan dan bentukkan seperti sosej. 
  10. Ulang langkah sehingga habis dan susun atas dulang pembakar dengan jarak 1 inchi setiap kebab.
  11. Bakar selama 20 minutes di rak tengah oven dan cover dengan alluminium foil.
  12. Selepas 20 minit buka alluminium foil dan keluarkan air yang keluar dari daging.  Terbalikkan kebab dan switch oven ke BROIL dan bakar lagi sehingga 15 minit. 
  13. Sapukan minyak ke atas kebab dan bakar lagi 5 ke 7 minit.
  14. Jangan terlebih masak nanti kebab akan jadi kering. 

Kebab boleh dihidangkan bersama Mint Sauce dan Roti Pita & Salad mengikut selera masing-masing.

Mint Sauce
1 bekas kecil plain yogurt 
1/2 cawan daun pudina
1/2 biji lemon jus
1 sudu kecil gula

Cara
Satukan semua bahan dan kisar hingga sebati. Sedia untuk dihidang.

0 comments:

Post a Comment

Mom.With.Apron Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template for Bie Blogger Template Vector by DaPino