Bubur Sum Sum

Saturday, August 6, 2011



Bubur Sum-sum Pandan
Resepi dari yatiememories

Bahan-bahan:* 100 g tepung beras
* 100 g tepung jagung
* 1,600 ml santan (500 ml KARA+ air)
* 100 ml air pandan (atau 100 ml air + pandan pes)
* 1 sk garam atau secukup rasa
* sedikit pewarna hijau (opt)

SIRAP GULA MELAKA :-(saya buat separuh adunan sirap gula melaka ini)
* 500 g gula melaka
* 1000 ml air
* 2 helai daun pandan - disimpul

Cara-cara

  1. Masak sirap gula hingga gula larut dan tapis.Ketepikan.
  2. Satukan kesemua bahan2 dalam periuk dan gaul rata.Masak hingga pekat dan kilat,hingga adunan meletup-letup.
  3. Tuang adunan ke dalam loyang atau acuan dan sejukkan.
  4. Sajikan bersama sirap gula melaka.
Nurul buat bubur sum-sum ni tak dapat licin n lembut cam kak yatie buat..hehehe tengah dok kacau2 atas periuk hero kecik tu boleh nangis sekuat hati...nurul gi tengok si kecik tu ingat kot dah tutup api..rupanya nurul p kecik kan je..nasib baik gi balik dapur nak basuh tangan..tengok2 adunan bubur sum-sum ni dah berketul n dah terlebih masak..haih...hampeh betul...memang ada rasa skit keras..tapi tak ler cam batu  tapi tak ler smooth jer...next time nak buat lagi..& make sure en.asben ada kat umah..heheh kalau tak tragedi berulang lagi..hahahaha :)

0 comments:

Post a Comment

Mom.With.Apron Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template for Bie Blogger Template Vector by DaPino