9th Day Ramadhan

Wednesday, August 10, 2011

Salam..

Menu berbuka hari ini Nasi Mandhi Kambing, Sos Pedas & Salata..menu simple jer..ari ni hidup api dapur utk tumis bahan nasi jer..yang lain semua main blend & potong2..senang koje...mudah dan sedap. Nak dapat mcm kat Al-Rawsya ke...Hadramawt ke...Saba ke memang tak dapat la...drang pakai dapur original dr arang...kalau nak sebiji camtu gi makan jer la kat sana..hehehe


Resepi ambil dr BlogResepi


Cara Penyediaan Nasi Mandhi
Bahan:-
  • 4 cawan/pot beras basmathi ~ rendam 20 minit dan toskan
  • 3 camca besar minyak sapi
  • 4 cawan air atau secukupnya - **tambah air supaya nasi lembut
  • 1 biji bawang besar ~ hiris halus
  • 3 ulas bawang putih ~ hiris halus
  • 1 inci halia ~ hiris halus btg mancis
  • 1/3 cwn kismis
  • Rempah tumis ~ 1 batang kayu manis, 1 kuntum bunga lawang, 3 biji buah pelaga, 5 kuntum bunga cengkih
  • Sedikit pewarna kuning- guna
  • 1 sk kunyit campur dgn sikit air
  • Garam secukup rasa.
Cara penyediaan:-
  1. Panaskan minyak tumis rempah tumis, bawang putih, bawang besar dan halia hingga harum dan bawang layu.
  2. Masukkan kismis, goreng sebentar dan masukkan pula air, biar mendidih.
  3. Bila mendidih, padamkan api dan tuang ke dalam rice cooker. Masukkan beras dan garam secukup rasa, kacau rata dan masak seperti biasa.
  4. #Bila nasi kering, buat lubang ditgh nasi dan letakkan foil. Masukkan 1 sudu minyak dan seketul arang yang telah dibakar. Tutup tudung periuk selama 2 minit supaya aroma asap arang tadi meresap ke dalam nasi.
  5. Buka semula tudung periuk dan keluarkan foil bersama arang tadi.
  6. Titiskan 2-3 titik pewarna kuning, kacau/gembur nasi dan masak nasi sehingga masak.
AYAM/KAMBING BAKAR MANDHI
Bahan-bahan :-

  • 1 ekor ayam/1/2 kilo kambing ~ dibelah dan di cuci bersih
  • 1/2 sudu kecil serbuk ketumbar
  • 1/2 sudu kecil serbuk jintan manis
  • 1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1 sudu kecil serbuk kabsa - nurul pakai rempah kari
  • 2 biji bawang besar ~ dihiris bulat
  • 2 biji lemon ~ dihiris bulat
  • Garam
  • Sedikit pewarna kuning
  • Aluminium foil.
Cara penyediaan :-
  1. Gaul rata ayam/kambing dengan semua bahan rempah, garam dan pewarna kuning. Perapkan dalam 15 minit.
  2. Alaskan/balutkn bekas/dulang pembakar dgn aluminium foil. Kemudian susun hirisan bawang besar dan lemon atas foil tadi.
  3. Letak ayam/kambing di atas bawang dan lemon tersebut. Tutup ayam/kambing tersebut dengan foil aluminium dan bakar pada suhu 250'c selama 1jam. Pada 10minit terakhir buka sedikit foil bahagian atas. **suhu oven tak sampai 250'c, jadi bakar suhu 220'c selama 1 jam...kemudian buka bakar bawah grill selama 15-20 minit...tu yg nampak sikit2 hitam....
    (kalau kambing suhu 220 degree bakar 30 minit) Nurul terlebih bakar..jadi keras skit..tak terurai mcm kedai restoran arab tu..tapi nasib baik tak liat hahahaha..nak try lagi next time :)



Sos Pedas
  • 1 biji tomato ~ hiris
  • 5 biji cili besar hijau (nk pedas tmbh lagi) ~ hiris
  • 1 tangkai batang ketumbar ~ dihiris halus
  • Garam
  • Gula
  • Perahan lemon.
  1. Kisar semua bahan dengan perahan air lemon, sekejap sahaja. Jangan sampai terlalu hancur.


Salata
Resepi dari Majalah Saji 2011


Bahan:
  • 1 batang timun - potong dadu
  • 2 biji tomato - buang biji & potong dadu
  • 1/2 sudu lada hitam yang dikisar
  • 2 sudu susu cair 
  • 1 sudu perahan lemon
  1. Gaul rata semua bahan. Sedia untuk dihidang.

0 comments:

Post a Comment

Mom.With.Apron Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template for Bie Blogger Template Vector by DaPino