7th Day Ramadhan

Monday, August 8, 2011

Salam...


Sekejap jer dah seminggu puasa kan? hmm nanti karang kejap jer dah nak raya...puasa ke-7 nurul & family berbuka kat rumah mertua..menu kari kepala ikan..siap tapau bawak balik utk makan sahur tapi cicah ngan roti jer...dah tak lalu nak makan nasi dah waktu sahur..


Wat jugak dessert Puding Buih...kakak ipar request..nurul buat hari sabtu lagi..bawak ke putrajaya skit..kasi kakak ipar skit...byk jugak dpt..ni 2nd time buat..1st time buat letak dlm acuan..tapi byk la pulak..mane nak sumbat dlm esbok tu..so kali ni letak dlm bekas tapau tu jer..potong2 senang nak makan :)


Adik nurul panggil puding buih ni 'puding ilang'..masuk dalam mulut jer ilang..hehehe melt in mouth gitu..hahaha...tekstur puding ni lembut gebu gebas mcm buih...sebab tu nama dia puding buih kot :)



Resepi ni dari Kak Nor Secubit Garam tapi ambil yang adunan sikit dari juwitafariz

Puding Buih


Bahan-bahan puding
2 paket agar2 serbuk ~ 1pkt 10gm
1.2 liter air
6 sudu besar gula pasir
1 helai daun pandan
4 bj telur A ~ simpan 1 kuning telur utk digunakan dlm kuah
esen vanila
pewarna/emulco yg disukai

utk kuah:
1 tin susu cair
2 tin air (guna tin susu cair)
7 sudu besar gula ~ ikut citarasa, kalau suka manis tambah sendiri ya..
2 sudu besar tepung kastard
1 biji kuning telur yg diambil dari 6 biji telur td
2 helai daun pandan ~ disimpulkan
1/2 sudu kecil garam




cara membuat puding:
  1. Masak agar2 bersama air, gula dan daun pandan hingga mendidih. Bila dah mendidih masukkan pewarna dan paste mengikut citarasa masing2. Kacau sebati. ( ita masukkan pewarna setelah dicampur telur dan agar-agar)
  2. Bila agar2 dah suam2 panas, pukul telur hingga betul2 kembang dan gebu. ( 4 putih dan 3 kuning sahaja ya). asingkan putih dan kuning telur tu. Pukul dulu putih telur hingga menjadi kembang (kalau kita terbalikkan mangkuk tu dia tak tumpah) baru dimasukkan kuning telur satu persatu sambil dipukul lg hingga betul2 kembang dan gebu.
  3. Tuangkan adunan agar2 kedalam adunan telur dan kacau/pukul dgn mixer hingga sebati. (ita masukkan warna waktu ini).Masukkan kedalam acuan yg telah diletakkan fruit cocktail. Fruit cocktail ini boleh juga diletakkan begitu saja dalam mangkuk berisi puding ni ketika nak makan.. Biarkan sejuk barulah dimasukkan kedalam peti ais.
cara membuah kuah:

  1. Masukkan kesemua bahan kedalam periuk dan masaklah hingga mendidih. Kuah ini hendaklah sentiasa dikacau supaya tidak berketul. Bila dah mendidih, tutup api dan biarkan sejuk. Bila dah sejuk masukkan dalam peti ais.
  2. Bila nak menghidang, letakkan puding ke dalam mangkuk dan curahkan kuah. Sedap dimakan masa sejuk.


0 comments:

Post a Comment

Mom.With.Apron Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template for Bie Blogger Template Vector by DaPino