Pizza Pocket

Sunday, July 31, 2011

Salam..


Balik dr ikea dah petang..en.asben kena ke opis menghabiskan kerja2 tertunggak + meeting..jadiknyer dinner berdua ngan rais..decide nak buat simple2 je tuk malam nih..dok belek2 esbok ada Flexi pastry (brand kawan) yang beli aritu..tak pernah try lagi buat pakai flexi ni..kalau yang puff pastry tu mmg dah biasa buat..tengok kat depan flexi pastry ni ada gambar pizza..leh buat pizza..so jadi lah pizza pocket..pastry flexi ni dia mudah lembik berbanding puff pastry..terkial2 jugak tadi..next time sebelum defrost betul dah nak kena masuk inti..kalau tak payah nak menutup..(belajar dr pengalaman hehe)..hasilnya rupa memang tak semenggah hahaha belasah la janji boleh makan..rupa tu kena bikin cantik skit next time




Pizza Pocket
(2 keping) 

Bahan:

1 keping Flexi Pastry 8x8 brand Kawan - ada dua jenis whole wheat & plain - Nurul pakai plain
1 batang cheese sosej - nurul pakai sosej brand 5 star yang timbang 
1 batang pizza cocktail sosej - brand 5 star jugak
3 biji shitake mushroom - rendam dalam air panas & dadu kecil
6 helai daun salad - potong kecil (nak letak capsicum, carrot atau ape2 yang sesuai pun boleh)
2 sudu cream cheese - suhu bilik (cheddar, mozzarella pun boleh) 
Parmessan cheese secukupnya
Garam & Pepper 
Sedikit tepung
Egg wash


Cara-cara:

Untuk Inti-

* Panaskan minyak. Masukkan sosej dan goreng hingga garing.
* Masukkan cendawan dan goreng sebentar. 
* Masukkan salad & perasakan dengan garam & pepper. Tutup api. Biarkan sejuk 10 minit.
* Dah sejuk masukkan cream cheese dan gaul rata.


Untuk pocket:
* Panaskan oven 180 degree.
* Taburkan tepung. Letakkan pastry. Potong pastry jadi dua bahagian. 
* Sapu telur dikeliling pastry. Masukkan 2 sudu inti. Taburkan parmessan cheese. 
* Sapu tangan dengan tepung.  Tutup pastry. Tekan2 skit supaya melekat. Kemaskan dengan garfu.
* Sapu atas pastry dengan telur. 
* Bakar pada suhu 180 degree selama 15 minit. Kemudian turunkan suhu 150 degree dan bakar lagi selama 5 minit. 
* Biarkan 2 minit dalam oven. Sedia untuk dihidang. Sedap dimakan suam-suam. 


Kalau rajin boleh buat sos untuk makan ngan pizza nih..cara nya cuma panaskan instant pasta sauce yang dalam tin/jar. Macam makan dekat papajohns pizza. tapi nurul tak buat..cicah ngan sos tomato jer (tu pun kidnap rais punya) ehehe

0 comments:

Post a Comment

Mom.With.Apron Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template for Bie Blogger Template Vector by DaPino