Assalamualaikum.
Dengan ini mengumumkan perasmian Blog Mom.With.Apron. :)
Tujuan blog ini diwujudkan adalah untuk berkongsi informasi, resepi2 terutama resepi untuk anak2 yang tergolong dr peringkat usia (toddler/kids/baby). Sesetengah ibu bapa ada yang mengambil mudah mengenai permakanan anak-anak. Asal makan sudah...kadang2 tu tak mkn langsung..tak bermakna anak tak nak makan dia tak lapar..mungkin sebab dia tak suka dengan makanan tersebut atau lain2..kita sebagai ibu bapa haruslah mengenali selera anak. Yang penting makanan anak2 mestilah berkhasiat.
Dari pemerhatian nurul pada masyarakat sekeliling (di kedai2 makan, sedara mara, anak kawan2). Anak-anak diberi makan apa yang mak ayah makan itu lah yang disuapkan kat anak (mee mamak, maggie goreng, maggie, roti canai, nasi +kicap, dan lain2) Tak dinafikan memang sedap nasi+kicap+telur...tapi dimana khasiatnya?? Inginkan anak yang cerdas/pintar haruslah jaga pemakanan anak.
Nurul percayakan air tangan ibu. Masih ingat lagi apabila anak sulung nurul Rais makan burger di Mcdonalds dia kata 'Mama buat burger lagi sedap' ..ha?? walhal burger yang nurul buat tu simpel burger jer.. roti burger & daging quickburger dr Ayamas. Boleh kalahkan burger Mcdonalds?? power tak power la kan?? Satu lagi masa baru2 kahwin dulu..nurul masak pelbagai jenis masakan untuk En. Asben..tapi bila makan di rumah mak dia (mak mertua) dia makan bertambah-tambah..padahal lauk simpel2 jer...kecik hati jugak waktu tu..tapi bila dah ada anak..nurul sendiri paham..air tangan ibu..hmm memang tak dapat di kalahkan. Kalau boleh nak anak nurul jadi mcm tu bila besar nanti... So sekarang nurul tak kisah...lagi suka..seminggu sekali ktrang akan balik rumah mak mertua :) pekena sambal belacan & getuk ikan bilis dia..perghh terangkat..Family nurul pulak..my abah pandai masak..abah dengan speciality dia..mak dengan speciality dia..so kalau balik tu leh request nak makan ape..En Asben suka mak nurul punya ayam masak merah & kari Abah...
Ok berbalik dari pemakanan anak ni...Nurul akan kongsikan mengenai pemakanan anak-anak di blog ini. Sebelum ini pun ramai kawan-kawan sedara mara yang bertanyakan bagaimana untuk menyediakan pemakanan anak terutama bayi 6-12 bulan. So lepas ni dah senang..sila rujuk di Mom.With.Apron yer :)
Selain dari pemakanan anak..nurul suka juga try macam2 resepi. Rujukan dr blog-blog/buku/web. Boleh jugak nanti tempek kat blog nih bila dah try resepi.
Saya budak baru belajar ber'blog'..kalau salah tolong tunjukkan yer :)
Mom.With.Apron Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template for Bie Blogger Template Vector by DaPino
0 comments:
Post a Comment