Pumpkin Rice

Thursday, July 28, 2011

Salam...
Hari ni en.asben tak de kat rumah..ada kursus kat bangi sampai petang..pastu terus gi bkt jalil tengok bola Malaysia vs Singapura..go tiger go...wahai en abang kalau masuk tv jgn lupa lambai2 la kat adinda mu ini..hahaha..so decide nak masak simple2 untuk Rais yang mama dia pun boleh tumpang sekali..yang penting berkhasiat (wink). Labu selalu kalau masyarakat melayu selalu buat masak lemak, talam, apam, dan mcm2..tapi tahukah anda khasiat labu?? 


Jom nak citer skit...


Artikel diambil dari http://tip-untuk-semua.blogspot.com
Buah ini adalah antara watak yang turut tersenarai dalam kisah dongeng kanak-kanak Cinderella. Ditukar oleh tukang sihir menjadi kereta kuda, buah labu ternyata sudah dikenali kebanyakan orang sejak zaman kanak-kanak lagi.
Jika tidak kerana kisah Cinderella, mungkin juga anda mengenali buah labu sebagai hiasan ketika orang Amerika Syarikat (AS) menyambut Helloween. Atau mungkin juga sebagai buah yang bijinya (kuaci) cukup popular dan enak dikudap ketika menonton wayang kuaci.
Namun begitu, jarang orang memperkatakan tentang khasiat buah comel berwarna kuning atau hijau kekuningan ini. Biasanya bersaiz bulat, labu merah yang berasal daripada keluarga cucurbitaceace adalah sejenis sayuran yang kaya dengan pelbagai sumber berguna untuk kesihatan tubuh.
Jika anda seorang yang berdepan dengan masalah rabun terutamanya pada waktu malam atau ketidakseimbangan gula dalam darah, anda mungkin patut mempertimbangkan labu merah sebagai menu dalam diet anda.
Ini kerana pakar dietetik mendedahkan vitamin A dan vitamin C adalah antara dua jenis vitamin yang paling tinggi dalam isi labu.
Malah khasiat daripada tumbuhan ini boleh dibahagikan mengikut buah, biji, daun atau bunganya.
Selain vitamin A dan C, labu juga mengandungi sumber kalsium, fosforus, zat besi, beta karotin dan serat. Kajian yang dilakukan oleh Jabatan Pertanian Amerika Syarikat (USDA) menyatakan sumber seratatau fiber yang tinggi dalam labu turut berfungsi mengawal nafsu makan.

Pelbagai Khasiat Labu
Dalam buku 'Vegetables : For Health and Healing' nukilan Ong Hean Chooi, isi labu yang direbus dikatakan baik untuk merawat tekanan darah tinggi dan penyakit kuning. Labu yang dimasak juga baik untuk mengawal diabetes manakala labu yang dikukur halus bolehmerawat luka kecil seperti terbakar atau luka pisau.
Daun labu merah pula bagus direbus untuk dijadikan penawar cirit-birit atau demam. Boleh juga ditumbuk kasar untuk diletakkan pada otot yang sakit.
Menariknya ramai yang menyangka menikmati kuaci labu sekadar bahan kudapan kosong. Kajian yang dilakukan oleh saintis AS pengambilan biji labu yang dimakan secara teratur dalam mencegah masalah batu ginjal. Kajian lanjut turut pernah dilakukan oleh saintis dari Thailand.
Mereka mendedahkan hanya lima hingga 10 biji labu diperlukan sehari untuk mencegah batu karang.
Satu lagi kebaikan yang jarang didedahkan tentang ialah khasiatnya untuk kanak-kanak yang menderita kecacingan. Biji labu dikeringkan dan ditumbuk halus sebelum dicampur dengan air suam. Tapiskan campuran itu dan airnya diminum sebelum tidur.
Untuk anak-anak yang kurang nafsu makan boleh diberikan isi buah labu. Sebaiknya ia dihidangkan secara menarik untuk menarik perhatian anak anda.



So hari ni nak share resepi Nasi Labu atau Pumpkin Rice untuk Toddler/Kids (mama & papa pun boleh jer nak makan sekali) nasi ni popular di kalangan masyarakat cina..nasi ni sedap dia manis2 dr buah labu. Cuba try test mesti anak anda suka! :)





Copy from: food-4tots.com  
Modified by: Nurul - Mom.With.Apron



Ingredients:
120g rice (2 persons) – (rinsed and soaked for 15 mins)
160g pumpkin (cut into cubes)
1 chicken thigh (de-boned, removed skin and cut into small cubes)
4-5 fresh medium size shiitake mushroom (washed with running water, cut into small chunks)
25g dried prawns (pre-soaked for 15 mins, retained water for cooking later) - nurul pakai udang geragau sebab sesetengah budak tak suka udang kering
5 shallots (sliced thinly)
3 tbsp oil  - nurul pakai colavita olive oil
Water for cooking (depending on the type of rice used)
Spring onions (for garnishing)

Sugar -  nurul pakai honey
Capsicum color orange - ni nurul tambah (boleh juga letak sayur lain brokoli, cauliflower, carrot, etc)

Seasonings:
1 tbsp light soya sauce
2 tsp dark soya sauce
½ tsp salt
Dash of sesame oil & pepper



Methods:
1. Marinate the chicken with light soya sauce, sugar, sesame oil & conrflour for at least half an hour.
2. Fried shallots until golden brown, set aside.
3. Heat up 2 tbsp oil of shallot oil, add in dried prawns and stir fry under low heat until fragrant. Add in mushrooms and dash of sugar, stir-fry for a while.
4. Push the dried prawns and mushrooms to the side of the wok, add in chicken and stir-fry until the chicken cubes turn pale (half-cooked).
5. Add in pumpkin and continue to stir-fry for a while. Add in a little oil if the mixture looks dried.
6. Add in pre-soaked rice, fried shallots, then followed by seasoning and stir until all the ingredients are well-combined.
7. Transfer all the ingredients to a cooking pot, add water to cover ¾ of the rice mixture.
8. Cook under low heat and stir occasionally until the rice is cooked thoroughly.

0 comments:

Post a Comment

Mom.With.Apron Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template for Bie Blogger Template Vector by DaPino