Broccoli, Cauliflower & Chicken Soup

Wednesday, August 10, 2011

Rais dah 3 hari batuk2 yang berkahak tu..makan tak berselera sangat..ari ni buatkan sup dengan harapan dia leh mkn byk skit..tapi tinggal lagi skit nak abis dah tak nak...tengah batuk2..makan nasi pun tersembur2 jer..pastu dia mintak makan pisang sampai berbiji2...hmm tak pe la janji perut tak kosong.. 




Resepi ringkas jer

Bahan:
Brokoli - potong kecil
Kubis bunga - potong kecil
1 keping Ayam fillet - potong dadu
1 biji bawang kecil - hiris nipis
1 sudu olive oil
1/3 kiub ikan bilis
Sedikit air


Cara:

  1. Tumis bawang dan masuk ayam. goreng sekejap.
  2. Masukkan kiub dan air. Biarkan mendidih dan masukkan brokoli & kubis bunga.
  3. Didihkan sebentar sehingga sayur lembut & ayam masak.
  4. Sedia untuk dihidang.

Passion Fruit @ Markisa Milk Shake

Dah kul 2pg still berblog lagi?? heheh actually tunggu en abang balik dari tuntutan kerja & leh sahur awal & terus tido jer...sambil2 tu leh post entry2 tertunggak..


Aritu gi pasar terjumpa buah passion fruit @ markisa ape lagi rembat la sekilo (dpt la 12 biji). Dalam kepala ni dok ingat nak makan ngan plain yogurt amatlah sedap. Tapi makan yogurt masa berbuka mau kenyang dibuatnya..langsung tak leh makan nasi kot...so jadi la markisa milk shake..


Buat dia simple jer (Untuk 1 gelas) 1 cawan susu, 1/8 cawan air gula/syrup, 2-3 ketul ais kiub, vanilla aiskrim 2 scoop. Blend semua sampai hancur dan tuang dalam cawan. Curahkan 1 biji isi buah masrkisa.



Telur Dadar Taugeh Hijau & Sayur Lobak Kantonis

Taugeh hijau yang buat goreng daging aritu ada lagi skit..memang simpan untuk wat telur nih..ni lauk2 sampingan dengan Sup Daging Tetel Pedas



Telur Dadar Taugeh Hijau
Resepi dari Kompilasi Masakan Cina (suka betul ngan chinese food sebab healthy :)


Bahan:
50gm Taugeh Hijau - potong kasar
3 biji telur
Sedikit Udang kering - direndam dlm air panas & tos - nurul pakai udang geragau
1/2 Sudu teh gula
1/2 sudu teh serbuk lada putih
Garam secukup rasa


Cara:
  1. Telur di pukul sebentar dan masukkan semua bahan.
  2. Panaskan non stick pan. Kalau tak da pakai kuali biasa letak minyak 2-3 sudu.
  3. Curah adunan telur dan ratakan. Tunggu sebentar sehingga bahagian bawah hampir masak.
  4. Lipat dua telur dan terbalikkan beberapa kali supaya bahagian dalam masak. 
  5. Sedia untuk dihidang


Sayur Lobak Kantonis.. yang ni pun ala-ala chinese food jugak :). Chinese food ni byk pakai lada putih, minyak bijan, pastu sayur2 pun stim2..memang kegemaran nurul..saje buat berkuah jadi hero sorang tu leh tumpang sekaki. Buat ni last minute nak berbuka sebab sayur stim tak leh buat awal2 nanti dia kecut n kurang sedap.kalau boleh lepas kukus terus mkn panas2...disebabkan dah nak berbuka gambar pun snap semua blur..hahaha jgn mareee eh..ni je yang bleh dishare..tu pun blur gak..ngeeee


Sayur Lobak Kantonis


Bahan:

Sayur Lobak - rendam dalam air garam 10 minit
1 keping Ayam fillet bhg dada- hiris nipis
2 ulas bawang putih - cincang halus
2 sudu makan minyak masak
1 sudu makan minyak bijan
1/2 sudu kecil serbuk lada putih
2 sudu kecil tepung jagung
1 biji telur
Sedikit garam
Sedikit air


Cara:
  1. Panaskan kukusan. Susun sayur lobak dikeliling pinggan tahan panas. Ketepikan.
  2. Dalam periuk panaskan minyak masak. Tumis bawang putih hingga harum dan masukkan ayam. Goreng sebentar.
  3. Masukkan air, minyak bijan, serbuk lada putih, garam dan biarkan mendidih sebentar. 
  4. Masukkan tepung jagung. Tunggu kuah pekat dan tutup api.
  5. Perlahan-lahan masukkan telur dan kacau rata. 
  6. Kukus sayur lobak 5 minit dan curahkan kuah tadi ke atas sayur...boleh juga dikacau sekali.

8th Day Ramadhan

Salam..


Kita sedia maklum dengan kelebihan berpuasa dr sudut pandang islam...
Ni nurul nak share sikit kelebihan berpuasa dari sudut sains

Beberapa cendekiawan telah melakukan beberapa ujian tentang puasa diantaranya secara ringkas dibawah ini:

Allan Cott, M.D - Seorang pakar dari Amerika Syarikat, telah menghimpun hasil pengamatan dan penelitian para ilmuwan berbagai negara, lalu menghimpunnya dalam sebuah buku Why Fast iaitu berbagai hikmah puasa, antara lain:
a. To feel better physically and mentally (merasa lebih baik secara fizikal dan mental).
b. To look and feel younger (merasa lebih muda).
c. To clean out the body (membersihkan badan)
d. To lower blood pressure and cholesterol levels (menurunkan tekanan darah dan kadar lemak.
e. To get more out of sex (lebih mampu mengendalikan seks).
f. To let the body health itself (membuat badan sihat dengan sendirinya).
g. To relieve tension (mengendurkan ketegangan jiwa).
h. To sharp the senses (menajamkan fungsi sense).
i. To gain control of oneself (memperolehi kemampuan mengendalikan diri sendiri).
j. To slow the aging process (memperlambat proses penuaan).



Ha byk kelebihannya kan? so boleh la puasa bukan saja pada bulan ramadhan..hari2 biasa pun kalau boleh kita berpuasa...badan pun sihat :)


Menu berbuka untuk hari ke-8 Ramadhan : Sup Daging Tetel Pedas, Telur Dadar Taugeh Hijau, Sayur Lobak Kantonis & Passion Fruit @ Markisa Milk Shake



Sup Daging Tetel Pedas
Resepi dari Majalah Rasa Ogos 2010


Bahan:
1/2 Kilo Daging Tetel (resepi asal pakai ekor) - direbus hingga lembut
1.25 litre air
4 sudu makan minyak masak
2 batang serai
2 biji kentang - potong dua -nurul tambah
2 tangkai daun ketumbar (optional)
2 sudu teh bawang goreng (optional)
Suhun - digoreng


Bahan kisar halus:
8 biji bawang merah
2.5cm halia
3 ulas bawang putih
4 tangkai cili kering - nak pedas tambah lagi
3 sudu teh lada hitam
3 sudu teh ketumbar
2 sudu teh jintan manis
2 sudu teh jintan putih


Cara:
  1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga harum.
  2. Masukkan air rebusan daging dan juga serai. Biarkan mendidih sekejap
  3. Masukkan daging yang telah direbus dan kentang dan didihkan dengan api perlahan selama 20minit
  4. Perasakan dengan garam.
  5. Hidangkan bersama bawang goreng, daun ketumbar & suhun goreng.

7th Day Ramadhan

Monday, August 8, 2011

Salam...


Sekejap jer dah seminggu puasa kan? hmm nanti karang kejap jer dah nak raya...puasa ke-7 nurul & family berbuka kat rumah mertua..menu kari kepala ikan..siap tapau bawak balik utk makan sahur tapi cicah ngan roti jer...dah tak lalu nak makan nasi dah waktu sahur..


Wat jugak dessert Puding Buih...kakak ipar request..nurul buat hari sabtu lagi..bawak ke putrajaya skit..kasi kakak ipar skit...byk jugak dpt..ni 2nd time buat..1st time buat letak dlm acuan..tapi byk la pulak..mane nak sumbat dlm esbok tu..so kali ni letak dlm bekas tapau tu jer..potong2 senang nak makan :)


Adik nurul panggil puding buih ni 'puding ilang'..masuk dalam mulut jer ilang..hehehe melt in mouth gitu..hahaha...tekstur puding ni lembut gebu gebas mcm buih...sebab tu nama dia puding buih kot :)



Resepi ni dari Kak Nor Secubit Garam tapi ambil yang adunan sikit dari juwitafariz

Puding Buih


Bahan-bahan puding
2 paket agar2 serbuk ~ 1pkt 10gm
1.2 liter air
6 sudu besar gula pasir
1 helai daun pandan
4 bj telur A ~ simpan 1 kuning telur utk digunakan dlm kuah
esen vanila
pewarna/emulco yg disukai

utk kuah:
1 tin susu cair
2 tin air (guna tin susu cair)
7 sudu besar gula ~ ikut citarasa, kalau suka manis tambah sendiri ya..
2 sudu besar tepung kastard
1 biji kuning telur yg diambil dari 6 biji telur td
2 helai daun pandan ~ disimpulkan
1/2 sudu kecil garam




cara membuat puding:
  1. Masak agar2 bersama air, gula dan daun pandan hingga mendidih. Bila dah mendidih masukkan pewarna dan paste mengikut citarasa masing2. Kacau sebati. ( ita masukkan pewarna setelah dicampur telur dan agar-agar)
  2. Bila agar2 dah suam2 panas, pukul telur hingga betul2 kembang dan gebu. ( 4 putih dan 3 kuning sahaja ya). asingkan putih dan kuning telur tu. Pukul dulu putih telur hingga menjadi kembang (kalau kita terbalikkan mangkuk tu dia tak tumpah) baru dimasukkan kuning telur satu persatu sambil dipukul lg hingga betul2 kembang dan gebu.
  3. Tuangkan adunan agar2 kedalam adunan telur dan kacau/pukul dgn mixer hingga sebati. (ita masukkan warna waktu ini).Masukkan kedalam acuan yg telah diletakkan fruit cocktail. Fruit cocktail ini boleh juga diletakkan begitu saja dalam mangkuk berisi puding ni ketika nak makan.. Biarkan sejuk barulah dimasukkan kedalam peti ais.
cara membuah kuah:

  1. Masukkan kesemua bahan kedalam periuk dan masaklah hingga mendidih. Kuah ini hendaklah sentiasa dikacau supaya tidak berketul. Bila dah mendidih, tutup api dan biarkan sejuk. Bila dah sejuk masukkan dalam peti ais.
  2. Bila nak menghidang, letakkan puding ke dalam mangkuk dan curahkan kuah. Sedap dimakan masa sejuk.


5th & 6th Day Ramadhan

Sunday, August 7, 2011

Salam..

Friday & Saturday aritu berbuka kat umah my parents @ putrajaya...cam biasa tiap2 tahun mak & abah akan masak lebih untuk kasi jiran2 (time ni la kita nak bersedekah kan)..tak gi pasar ramadhan pun meja tetap penuh dengan mcm jenis makanan balasan jiran2..berbalik pada menu tadi my parents siap ada buku menu sebulan nak masak ape utk berbuka siap tampal kat esbok. Senang kan cenggitu? tak yah nak pening2..cuma time nak create menu tu je la yang pening...adoiiyaiii nurul nak buat utk seminggu pun dah pening..kadang2 lari menu..hahaha..ikut mende ape yang ada dlm peti ais..baru la nak pikir kan..apedaaaa

Jadi berbalik menu hari Jumaat ari tu...my Abah buat roti arab...roti arab ni antara menu favorite abah..setiap kali kalau ada majlis ape2..dia akan buat roti arab ni tak kira la majlis tahalil ke, marhaban mlm raya ker, open house ker..itu la antara juadah yang dihidang..

Kenapa roti arab?
Sebab my Abah dulu kerja ngan kedutaan Yamen..dah tu setiap kali ada jamuan menu ni mmg ada..abah ni dia creative skit tang masak memasak...dia dah rasa..balik dia try...roti arab ni memang kena beli kat kedai jual barang2 dr arab..dia bulat & kalau potong dia kan jadi cam poket...so yang ni kerat 4..inti dia ada rasa rempah2...daging cincang/burger yang dihancurkan & sayur2..masuk inti pastu boh sos & mayonise..wallaaaaa..resepi details nanti nurul update :)

Roti arab

Dah masuk inti pastu lipat dua cam kat atas nih

Coq Jagung
Ni lagi satu kepakaran Abah 'Cucur'. Tak kira apa jenis cucur semua sedap! 

Salah satu balasan dr jiran..baiknyer la kan kasi strawberry..macam ada ladang strawberry lak belakang umah. My mom kata nak buat Strawberry Milk Shake (dpt utk dia sorang je kot) hehehe


Nasi Goreng Tomato

Nak share dulu menu tuk heroku sorang tuh...Nasi goreng tomato...dia memang suka ape2 jer yang ada tomato...kalau tomato plum atau cherry tomato dia leh makan gitu jer...sejak puasa ni asyik ada nasi lebih jer pas sahur..tak yah nak susah2 sangat..wat nasi goreng jer..elakkan pembaziran :)



Nasi Goreng Tomato

Bahan:

1 cawan nasi (ikut sukatan anak makan byk mana)
1 biji bawang besar size kecil - hiris
1 biji telur 
1 potong cili benggala/capsicum kaler oren - didadu
2 keping smooked chicken - didadu
5 biji tomato cherry
2 sudu makan sos tomato
1 sudu makan kicap manis
1/2 kiub ayam

Cara:

  1. Panaskan minyak. Tumis bawang n masukkan smooked chicken. Goreng hingga garing.
  2. Masukkan kiub ayam dan cili benggala
  3. Masukkan sos tomato & kicap. Kacau dan biarkan mendidih barulah dimasukkan nasi.
  4. Goreng nasi hingga sebati & buatkan lobang ditengah2. Pecahkan telur pada lubang tadi dan tunggu hingga hampir masak baru lah dikacau dengan nasi. Tutup api.
  5. Masukkan cherry tomato dan gaul dengan nasi. Angkat dan hidang.


Mom.With.Apron Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template for Bie Blogger Template Vector by DaPino