Ground Beef Kebabs @ Kabobs

Wednesday, August 24, 2011

Salam...


Last week buat Nasi Mandhi lagi...Kawan En. Asben datang berbuka kat rumah.  Nasi Mandhi ni senang nak buatkan..sekejap jer dah siap. Jadi untuk meriahkan lagi geng nasi mandhi nih nurul buat kebab daging...mula2 nak buat kebab kambing tapi tak de kambing fresh jadi tukarlah dengan daging jer...






Resepi ambil dari reciperita


BAHAN-BAHAN
  • 1 kilo daging cincang (atau kambing)  
  • 4 tablespoons sour cream
  • 1 biji bawang besar,dadu kecil
  • 1 inchi halia
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 biji cili hijau
  • 1/2 cup daun ketumbar, dicincang halus
  • 2 tablespoons olive oil
SPICES
  • 1 teaspoon ketumbar
  • 1 teaspoon jintan putih
  • 1 teaspoon chaat masala - nurul pakai garam masaala
  • 1 teaspoon garam/secukup rasa
Cara penyediaan:
  1. Letak daging cincang dalam bekas besar. Ketepikan.
  2. Masuk semua bahan kecuali bawang, daun ketumbar & sour cream dalam blender. Kisar hingga halus. Dengan perlahan masukkan olive oil & sour cream dan kisar lagi sehingga sebati. 
  3. Campurkan bahan kisar ke dalam mangkuk  daging. Kacau sebati.
  4. Masukkan bawang besar & daun ketumbar. Dengan tangan uli daging sehingga bercantum kesemua bahan.
  5. Cover dengan plastic wrap dan marinate dalam peti ais selama 2 jam.
  6. Panaskan oven 400 degrees F/200 degrees C.
  7. Alaskan dulang pembakar dengan aluminium foil. 
  8. Bahagikan adunan kepada 10 bebola sebesar lemon.
  9. Sapukan minyak pada tangan dan bentukkan seperti sosej. 
  10. Ulang langkah sehingga habis dan susun atas dulang pembakar dengan jarak 1 inchi setiap kebab.
  11. Bakar selama 20 minutes di rak tengah oven dan cover dengan alluminium foil.
  12. Selepas 20 minit buka alluminium foil dan keluarkan air yang keluar dari daging.  Terbalikkan kebab dan switch oven ke BROIL dan bakar lagi sehingga 15 minit. 
  13. Sapukan minyak ke atas kebab dan bakar lagi 5 ke 7 minit.
  14. Jangan terlebih masak nanti kebab akan jadi kering. 

Kebab boleh dihidangkan bersama Mint Sauce dan Roti Pita & Salad mengikut selera masing-masing.

Mint Sauce
1 bekas kecil plain yogurt 
1/2 cawan daun pudina
1/2 biji lemon jus
1 sudu kecil gula

Cara
Satukan semua bahan dan kisar hingga sebati. Sedia untuk dihidang.

Kuih Tako

Salam....


Lama betul tak de entry...nurul bz mengedarkan kuih2 raya utk customer minggu nih..dah 4 tahun jual kuih raya..memang tiap2 tahun regular customer akan call utk order kuih. Kuih yang nurul jual ni lain skit dr yang lain...tahun ni kuih naik RM2...tahun2 lepas jual RM30..tapi tahun ni kena naik jadi RM32...ye la kan barang2 semua dah naik..so kena la naikkan harga. Bagi sapa2 yang tak dapat nak order & order last minute minta maaf banyak2 yer..order dah tutup..ye la..nanti kalau ambik order takut tak terbuat tak sempat pulak nak menjamu kuih untuk tetamu dihari raya...so next year yer....utk lihat kuih nurul jual leh gi kat link di sini


ok lah..ni nak selit kuih tako yang nurul buat last week...tak ingat dah ramadhan ke berapa..sedap kuih nih..memang fav hubby makan sejuk2..resepi nurul ambik dr Cik Cek minta c&p resepi yer..tq


KUIH TAKO
BAHAN-BAHANNYA..
Lapisan Bawah
  • 25 gm tepung hoen kwe - hijau  
  • 1 1/2 cawan air
  • 1/2 cawan gula
  • 2  biji sengkuang cina - di potong dadu (kalau tak de boleh guna buah pear) 
Lapisan Atas 
  • 25 gm tepung hoen kwe - putih
  • 2 cawan sartan - 1/2 cawan santan Kara + 1 1/2 cawan air
  • secubit garam 


CARA-CARA PENYEDIAANNYA...
  • Susun kotak pandan atas tray. 
  • Aturkan potongan sengkuang Cina dalan kotak pandan tadi.
  • Campurkan semua bahan Lapisan Bawah  dalam periuk dan masak atas api sederhana sambil mengacau hinga dia meletup - letup dan pekat terus tutup api dan masukkan dalam kotak pandan tadi.
  • Kemudian kita ketepikan, dan buat pula Lapisan Atas.
  • Satukan semua lapisan atas dam periuk dan masak atas api sederhana sambil dikacau. Sama seperti proses memasak lapisan bawah. Bila ia meletup2 kecil tu terus tutup api.
  • Pastikan lapisan yg bawah tadi dah mengeras baru tuang lapisan putih.
  • Tuang dari bahagian tepi dulu supaya dia tak bolos ke lapisan bawah. Tuang perlahan.
  • Tunggu sejuk dan kemudian boleh di simpan dalam peti ais. Makan sejuk2 sedap!


15th Day Ramadhan

Monday, August 15, 2011

Salam...


Dah 2 hari tak de entry. Puasa ke 13 berbuka di rumah my parents @ putrajaya..abah buat spaghetti sup tulang..ari tu camera tak bawak nak snap pic..tapi mmg sedap..tq abah. Puasa ke 14 pulak berbuka dirumah mertua, biasalah weekend jer mesti cari family, makan ramai2 baru meriah & berselera. My MIL masak jantung pisang ala2 macam sayur goreng (seriously goreng) memang sedap...first time makan jantung pisang goreng..tanya resepi my MIL cakap tumbuk bawang putih n merah letak belacan skit pastu jantung tu potong kecik2...tumis semua bahan masuk perasa & gula sedikit..tapi jgn letak air..sebab nanti air jantung pisang tu akan keluar tunggu kering leh angkat..makan dgn nasi panas..perghhhh nurul yang kasi licin jantung tu :)



Ok lah nak share menu tuk ari nih...hari ni invite my in law datang berbuka kat rumah...menu? 






Masak Lemak Daging Salai
Resepi dari cekvisionhomes




BAHAN-BAHANNYA...
  • 300 - 400 grams daging salai direbus sekejap...utk melembutkan daging kemudian dihiris nipis...dicuci bersih...ditoskan.. - nurul rebus daging sebesar tapak tangan x 2 ketul rebus sampai lembut kemudian bakar dalam oven 200 degree 10 minit dan terbalikkan bakar lagi 10 minit.
  • 15 - 20 biji cili api  *
  • 2 biji cili hijau...tak nak letak pun tak pe...  * tak letak
  • 1 inci kunyit hidup  *
  • 1/2 inci halia  *
  • 2 batang serai diketuk/dititik
  • 1 helai daun kunyit....disiat2 sahaja....
  • 1 paket jeruk rebung....dihiris nipis...direndam dlm air panas sekejap...cuci dan toskan... - nurul pakai taugeh hijau
  • 200 ml pati santan Ayam Brand...nak guna jenama lain pun boleh ya...
  • Garam secukup rasa
  • 1 - 2 keping asam keping..
  • Sedikit gula penyedap rasa...
  • Air secukupnya....
CARA-CARA PENYEDIAANNYA...
  • Kisar sume bahan2 yang bertanda  *
  • Masukkan daging salai yang telah dicuci bersih kedlm periuk...campurkan sekali bahan2 kisar dan jugak serai...letakkan diatas dapor...gunakan api kecik je...biarkan daging salai sebati ngan bahan kisar..dan kacau sekali sekala....
  • Masukkan separuh dari santan dan jugak rebung yang telah dihiris tadi....kacau selalu perlahan2...tambahkan air...jgn banyak sgt ya...kena agak2...bolehlah dicampurkan garam....asam keping dan sedikit gula....masukkan jugak baki santan tadi...biarkan kuah mendidih ....bila daging salai dah empuk....akhir sekali masukkan daun kunyit & taugeh hijau.....siap dah....




& menu ke-2


Puyuh Bakar Berempah

Bahan-bahan:
5 ekor puyuh di belah dua & dibersihkan. Tos hingga air kering

1 sudu kecil serbuk ketumbar
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu kecil serbuk jintan putih
1 sudu kecil serbuk kari daging
1 sudu kecil serbuk pasti sedap knorr/pati ayam


Cara: 
Satukan semua bahan. Lumurkan pada puyuh. Griskan sedikit minyak pada loyang/bekas tahan panas. Susun puyuh dan perap selama 20 minit. Lagi lama lagi bagus. Panaskan ketuhar 200 degree. Bakar puyuh selama 25 minit atau sehingga masak. 




& menu ke 3 - Sambal getuk ikan bilis + ulam timun, kailan & bendi celur. Dessert buat sago jagung << semua di atas tak sempat nak snap dah licin :)

12th Day Ramadhan

Friday, August 12, 2011

Salam...


Menu berbuka untuk hari nih...Kari Kambing Mamak ala2 nasi kandar...stok nak mengabihkan kambing 'belen' Nasi Mandhi Kambing aritu. Dapat resepi dr wheelsondbus. Tapi kari dia nama Kari 2 sepupu sebab dia campur kambing & biri2..jadikla 2 sepupu..Nurul punya kambing tak de sedara la..Kambing Tunggal..keh keh keh


Resepi ni sedap..masak dengan agak lama...2 jam sebab nak empukkan daging tu (wish i have pressure cooker) & rempah2 tu dah sebati dengan daging tu yg wat sedap! cara masak dia agak lain skit..selalu kita kisar bawang2 mentah kan..tapi yang ni kena goreng ngan minyak skit sampai bawang layu baru blend & baru tumis..Kari ni sedap makan dengan nasi bertumis kot..nasi putih pun ok jugak..Nurul tanya jugak En. Asben..nak nasi minyak ke, beringin ker bukhari ke..dia kata nak mkn ngan nasi putih jer...so lawan nasi ngan kari kambing & sayur steam jer..


Jom tengok resepi


Kari Kambing ala Mamak
Resepi dari wheelsondbus


Bahan-bahan:

Bahan A – dikisar halus dengan 2 sudu air (saya tumbuk je pakai lesung batu) - nurul blend
1 biji bawang besar (hiris)
2 ulas bawang merah (hiris)
3 ulas bawang putih
1 inci halia
**nota: bawang besar, merah & garlic di sauteed in a skillet pan dengan sedikit minyak until the edges turn slightly brown.
Bahan B – disangai@goreng tanpa minyak hingga wangi & kisar halus
½ sudu teh jintan manis
¼ sudu teh lada hitam
1 sudu teh jintan putih
¼ sudu teh ketumbar
Bahan C
500gm daging kambing/bebiri dipotong cube (bertulang atau tidak ikut suka)
2 biji ubi kentang potong 4 - nurul letak 3 biji size kecil tak potong pun 
1 sudu besar cili blend
2 sudu besar rempah Raja Kari Faiza
2 sudu besar tomato pes/puri @ 1 biji tomato buah - nurul pakai tomato 1 biji yang diblend
1 tangkai daun kari
1 batang kulit kayu manis
Sedikit bunga lawang
Sedikit buah pelaga
2 sudu besar jus lemon/limau kasturi (I omit sebab dah guna susu masam) - nurul letak jus lemon 
½ cawan yogurt atau susu masam - x letak
1 cawan air
1 sudu teh rata garam atau sesedap rasa
Secubit gula pasir atau gula merah jika suka

Cara-cara:
1.Gaulkan daging kambing dengan bahan B dan perap 20minit.
2.Panaskan minyak, tumis rempah 3 sekawan dengan daun kari hingga wangi. Masukkan bahan A (pes halia, bawang & bawang putih) dan cili blend. Tumis hingga pecah minyak.
3.Masukkan pes/buah tomato, diikuti dengan daging kambing. Gaul rata supaya bahan rempah meliputi daging. Biarkan daging agak kering air, baru masukkan rempah kari Raja Kari Faiza.
4.Gaul rata kemudian tuang 1 cawan air. Tutup periuk, perlahankan api, biar merenih selama 1 jam atau daging separuh empuk. Kacau sesekali untuk elakkan rempah hangus.
5.Masukkan ubi kentang, jus lemon atau yogurt@susu masam, garam dan gula. Kacau rata kemudian tutup semula periuk dan biarkan sehingga daging empuk sepenuhnya for another 30min to 40min. (Masa ini saya tambahkan dalam 1 cawan air dan transfer ke dalam oven for 20mins untuk percepatkan proses empuk daging) - nurul tambah air lagi 1 cawan dan kecik api reneh sampai 40 minit atau sehingga lembut. Kacau sekali sekala
Kurangkan penggunaan minyak untuk menumis sebab lemak dari kambing akan terbit hasil daripada slow cooking. Memasak dengan api perlahan is the best way to let the meat tenderize tapi memakan masa yang lama. Yang bestnya rempah betul2 meresap ke dalam daging serta you get gravy yang glisten sebab pecah minyak dengan sempurna.

10th & 11th Day Ramadhan

Salam...


Hari ke-10 puasa ni dapur tutup..eh tutup ker? bukak jugak..masak utk rais :) . En Asben berbuka kat luar dengan client2 nyer..nurul berbuka makan nasi goreng jer dah...simple2..jadi buat dessert jek cukup... Apple Crumble with Vanilla Aiskrim. Dapat resepi mudah dr Jamie Oliver..seriously...senang..10 minit siap..preparation la 10 minit..bakar 15 minit (wink). 


Untuk 11 Ramadhan nurul berbuka kat rumah mertua. Pergi shooping barang2 hero2 ku. Balik shooping terus gi mertua berbuka..tq my mil...menu tempoyak udang & pengat keledek..


Apple Crumble 

Recipe from Jamie Oliver
Servings: 4

ingredients:


For the crumble:
• 35g rolled oats - tukar pakai cornflakes yang ada buah2 & raisins (pakai ape2 jenis cereal pun boleh)
• 35g wholemeal flour - tukar pakai superfine flour
• 20g caster sugar - tukar pakai brown sugar
• 35g margarine or butter 

For the filling:
• 400g cooking apples, peeled, cored and quartered
• 50g sugar, to sweeten - brown sugar jugak
• 1 tablespoon water


method


Preheat the oven to 190°C/375°F/gas 5. Peel and core the apples, quarter and cut in to chunks.

Put the apples into a pan with the sugar and water. Cook over a low heat for 5 minutes and place in a small ovenproof dish.

Place the flour and oats in a bowl and mix well. Cut the margarine or butter into small cubes and add this to the oats and flour. Mix with your fingertips until it resembles an even crumb texture. Add the sugar and mix through. 
Cover the fruit with the crumble mixture. Bake for approximately 20 minutes until the crumble is golden and the apple hot.




Cheesy Sosej Puff

Wednesday, August 10, 2011

Salam...


Ari ni buat sosej puff utk Rais minum petang...


Cheesy Sosej Puff
Resepi dari Deco Choco siap ada tutorial lagi...boleh klick sini 



Bahan-bahan:-

  • kulit puff pastri
  • sosej
  • telur
  • cheddar cheese - nurul tambah

Cara-cara:- 

  1. Panaskan oven sehingga suhu 180 degree.
  2. Keluarkan kulit puff dari peti sejuk. Biar sekejap sehingga lembut.
  3. Susun sosej di tengah puff dan taburkan cheese. Keratkan bahagian kiri kanan menyerong sampai ke bawah. Boleh refer tutorial kat sini Last sekali sapu dengan telur. Bakar selama 20-25 minit atau sehingga perang. 




9th Day Ramadhan

Salam..

Menu berbuka hari ini Nasi Mandhi Kambing, Sos Pedas & Salata..menu simple jer..ari ni hidup api dapur utk tumis bahan nasi jer..yang lain semua main blend & potong2..senang koje...mudah dan sedap. Nak dapat mcm kat Al-Rawsya ke...Hadramawt ke...Saba ke memang tak dapat la...drang pakai dapur original dr arang...kalau nak sebiji camtu gi makan jer la kat sana..hehehe


Resepi ambil dr BlogResepi


Cara Penyediaan Nasi Mandhi
Bahan:-
  • 4 cawan/pot beras basmathi ~ rendam 20 minit dan toskan
  • 3 camca besar minyak sapi
  • 4 cawan air atau secukupnya - **tambah air supaya nasi lembut
  • 1 biji bawang besar ~ hiris halus
  • 3 ulas bawang putih ~ hiris halus
  • 1 inci halia ~ hiris halus btg mancis
  • 1/3 cwn kismis
  • Rempah tumis ~ 1 batang kayu manis, 1 kuntum bunga lawang, 3 biji buah pelaga, 5 kuntum bunga cengkih
  • Sedikit pewarna kuning- guna
  • 1 sk kunyit campur dgn sikit air
  • Garam secukup rasa.
Cara penyediaan:-
  1. Panaskan minyak tumis rempah tumis, bawang putih, bawang besar dan halia hingga harum dan bawang layu.
  2. Masukkan kismis, goreng sebentar dan masukkan pula air, biar mendidih.
  3. Bila mendidih, padamkan api dan tuang ke dalam rice cooker. Masukkan beras dan garam secukup rasa, kacau rata dan masak seperti biasa.
  4. #Bila nasi kering, buat lubang ditgh nasi dan letakkan foil. Masukkan 1 sudu minyak dan seketul arang yang telah dibakar. Tutup tudung periuk selama 2 minit supaya aroma asap arang tadi meresap ke dalam nasi.
  5. Buka semula tudung periuk dan keluarkan foil bersama arang tadi.
  6. Titiskan 2-3 titik pewarna kuning, kacau/gembur nasi dan masak nasi sehingga masak.
AYAM/KAMBING BAKAR MANDHI
Bahan-bahan :-

  • 1 ekor ayam/1/2 kilo kambing ~ dibelah dan di cuci bersih
  • 1/2 sudu kecil serbuk ketumbar
  • 1/2 sudu kecil serbuk jintan manis
  • 1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1 sudu kecil serbuk kabsa - nurul pakai rempah kari
  • 2 biji bawang besar ~ dihiris bulat
  • 2 biji lemon ~ dihiris bulat
  • Garam
  • Sedikit pewarna kuning
  • Aluminium foil.
Cara penyediaan :-
  1. Gaul rata ayam/kambing dengan semua bahan rempah, garam dan pewarna kuning. Perapkan dalam 15 minit.
  2. Alaskan/balutkn bekas/dulang pembakar dgn aluminium foil. Kemudian susun hirisan bawang besar dan lemon atas foil tadi.
  3. Letak ayam/kambing di atas bawang dan lemon tersebut. Tutup ayam/kambing tersebut dengan foil aluminium dan bakar pada suhu 250'c selama 1jam. Pada 10minit terakhir buka sedikit foil bahagian atas. **suhu oven tak sampai 250'c, jadi bakar suhu 220'c selama 1 jam...kemudian buka bakar bawah grill selama 15-20 minit...tu yg nampak sikit2 hitam....
    (kalau kambing suhu 220 degree bakar 30 minit) Nurul terlebih bakar..jadi keras skit..tak terurai mcm kedai restoran arab tu..tapi nasib baik tak liat hahahaha..nak try lagi next time :)



Sos Pedas
  • 1 biji tomato ~ hiris
  • 5 biji cili besar hijau (nk pedas tmbh lagi) ~ hiris
  • 1 tangkai batang ketumbar ~ dihiris halus
  • Garam
  • Gula
  • Perahan lemon.
  1. Kisar semua bahan dengan perahan air lemon, sekejap sahaja. Jangan sampai terlalu hancur.


Salata
Resepi dari Majalah Saji 2011


Bahan:
  • 1 batang timun - potong dadu
  • 2 biji tomato - buang biji & potong dadu
  • 1/2 sudu lada hitam yang dikisar
  • 2 sudu susu cair 
  • 1 sudu perahan lemon
  1. Gaul rata semua bahan. Sedia untuk dihidang.

Mom.With.Apron Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template for Bie Blogger Template Vector by DaPino